|
|
|
|
|
|
Pengarah Bahagian Perancangan dan Pengurusan Taman Laut |
( Kosong ) |
Bahagian Perancangan dan Pengurusan telah dibahagikan kepada Seksyen Perancang, Pembangunan dan Korporat dan Seksyen Pengurusan Taman. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:
Seksyen Perancang, Pembangunan dan Korporat
-
Mengesan, memilih dan mempertahankan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa berkaitan hal-hal pengurusan ekosistem marin.
-
Menjalinkan perhubungan dan melaksanakan kerjasama teknikal di peringkat antarabangsa berkaitan dengan pengurusan ekosistem marin terutama pengurusan Taman Laut.
-
Mengkaji dan mengenalpasti isu-isu yang berkaitan pertalian antara pengurusan ekosistem marin dan perdagangan serta hal-hal berkaitan dengan Perjanjian Alam Sekitar pelbagai hala dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora Dan Fauna Liar Terancam (CITES), Protokol Kyoto.
-
Bertindak sebagai “Focal Point” untuk projek pembiayaan dari luar negara seperti UNDP, UNEP, GEF, Bank Dunia, JICA, DANIDA.
-
Bertindak sebagai wakil negara bagi jawatankuasa peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan pengurusan ekosistem marin seperti International Coral Reef Iniatative (ICRI).
-
Menjadi Focal Point untuk projek ’intergovernmental body’, seperti COBSEA (Coordinating Body of South East Asia Sea’s) hal berkaitan Kawasan Perlindungan Marin.
-
Menjadi ’Sub-component focal point’ untuk sumber terumbu karang bagi projek tajaan Global Environmental Facilities (GEF) bertajuk ’Reversing the Environmental Degradation of South China Seas’.
-
Mengubal dan mengurus secara keseluruhan mengenai perancangan untuk mencapai hala tuju, misi dan visi Jabatan.
-
Mengkaji polisi Taman Laut berkaitan eko-pelancongan, perikanan, pemuliharaan, biodiversiti, penguatkuasaan, penyelidikan dan antarabangsa.
-
Menjadi urusetia kepada mesyuarat jawatan kuasa teknikal seperti Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut, Jawatankuasa Teknikal Inventori Biodiversiti Marin.
-
Memantau pelaksanaan Sasaran Kerja Utama Jabatan.
-
Menyelaras urusan Parlimen merangkumi soalan parlimen.
-
Menyelaras urusan Mesyuarat Kabinet dan kertas jemaah menteri.
-
Menyelaras lawatan delegasi luar negeri.
-
Menyelaras dan memantau segala program usahasama antara agensi dalam negara.
-
Menyelaras dan menerbit Laporan Tahunan.
-
Mengurusetia pertandingan inovasi peringkat Jabatan.
Seksyen Pengurusan Taman
-
Mengurus, memantau dan mengenal pasti kepentingan serta aktiviti golongan “stakeholder” dan pelawat.
-
Membentuk pelan pengurusan pelancongan di Taman Laut.
-
Mengumpul data-data berkaitan industri pelancongan di Taman Laut.
-
Ahli Jawatan Kuasa Pelancongan Persekutuan dan Jawatankuasa Keselamatan Pelancongan Kebangsaan.
-
Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Peringkat Negeri.
-
Membentuk dan mempromosikan amalan pelancongan alam sekitar terbaik kepada stakeholder, operator pelancongan dan pelancong di kawasan Taman Laut.
-
Menentukan kriteria dan memberikan pengiktirafan alam sekitar kepada pengusaha pelancongan di Taman Laut.
-
Pembentukan Pelan Pengurusan untuk setiap gugusan Taman merangkumi :
-
Sistem Pengezonan Aktiviti.
-
Program Rehabilitasi.
-
Sistem Pengawaselian dan Pemantauan Aktiviti.
-
Sistem Pemantauan Habitat.
-
Sistem Pengurusan Maklumat Dan Data.
-
Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar Marin Dan Taman Laut.
-
Pelan penyelidikan dan sistem pemantauan alam sekitar marin.
-
Program pembangunan infrastruktur dan kemudahan.
-
Pelan pembangunan kapasiti sumber manusia.
-
Kadar Daya Tampungan ('carrying capacity').
-
Penentuan dan peningkatan Nilai Ekonomi habitat.
-
Semakan semula dan mengemas kini Pelan Pengurusan Taman setiap 5 tahun.
-
Menyelaras pelaksanaan Pelan Pengurusan Taman yang telah dibentuk.
-
Mengenalpasti lokasi dan habitat di dalam perairan Taman Laut yang mempunyai nilai konservasi, biodiversiti, komersil dan tahap kesihatan sumber terumbu karang.
-
Mengenal pasti spesies penunjuk utama bagi setiap habitat spesifik dari segi kesihatan, biodiversiti, endemik atau terancam dan nilai komersil.
-
Mengenal pasti isu dan ancaman terhadap habitat spesifik untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan status ekosistem marin di dalam perairan Taman Laut.
-
Mengurus dan mengemaskini status pengurusan habitat berdasarkan pelan pengurusan sedia ada.
-
Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk digazetkan sebagai kawasan perlindungan marin.
|