|

Piagam Pelanggan
Jabatan Taman Laut adalah komited dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan akan memberikan perkhidmatan yang profesional, cekap, cepat dan berkesan bagi mencapai objektif yang ditetapkan melalui komitmen-komitmen seperti berikut: | |||
1. | Memberi keputusan permohonan pengecualian caj pemuliharaan (remitan fi) dalam tempoh 14 hari bekerja. | ||
2. | Memberi keputusan permohonan permit kajian di dalam kawasan Taman Laut dalam tempoh 21 hari bekerja. | ||
3. | Memberi keputusan permohonan untuk menggunakan kemudahan dan kelengkapan di Taman Laut dalam tempoh 14 hari bekerja. | ||
4. | Memberi ulasan kepada Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dalam tempoh 30 hari bekerja. | ||
5. | Menyelesaikan urusan kompaun untuk kes-kes tangkapan di bawah Akta Perikanan (1985) dalam tempoh 7 hari bekerja dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia. | ||
6. | Menjawab pengaduan awam berkaitan Taman Laut dalam tempoh 7 hari bekerja. | ||
![]() ![]() |
Hit
40395
40395
Terakhir Dikemaskini
8 Januari 2018
8 Januari 2018