|

Soalan Lazim
-
1.Apakah Taman laut?
Taman Laut adalah kawasan perairan laut sejauh 2 batu nautika dan 1 batu nautika (Pulau Kapas, Terengganu; dan di Sabah - Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar) dari tikas air surut terendah yang dizonkan sebagai kawasan terhad/perlindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu karang yang kaya dengan flora dan fauna. -
2.Apa Itu Caj Pemuliharaan (CP)?
Ia merupakan satu bentuk caj yang dikenakan ke atas semua pelawat yang mengunjungi Taman Laut Malaysia (TLM). -
3.Mengapa Pelawat Dikenakan Caj Ini?
Usaha untuk memulihara alam sekitar marin perlu kerjasama semua pihak. Sebagai pengguna, semua perbelanjaan yang diperlukan harus ditanggung bersama. Anda boleh membantu dalam usaha ini melalui CP yang dikenakan.
-
4.Adakah Semua Orang Perlu Membayarnya?
Ya, semua pelawat ke TLM perlu membayar CP ini. Pengecualian hanya kepada penduduk pulau, pengusaha chalet, pengusaha kedai selam dan kakitangan mereka serta mereka yang telah diberi pengecualian khas oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia. -
5.Bagaimana Caj Yang Dikutip Akan Dibelanjakan?
Segala kutipan CP akan dikreditkan dalam Tabung Amanah Taman Laut Rizab Laut. Segala pembiayaan kos pengurusan termasuk program pendidikan dan kesedaran, dan pembangunan TLM akan dibuat melalui Tabung ini. -
6.Apa Yang Boleh Saya Perolehi Daripada Pembayaran CP Ini?
Segala kemudahan boleh dan akan dipertingkatkan untuk keselesaan pelawat melalui pembiayaan dari tabung ini. Yang lebih penting, anda dapat berperanan untuk membantu ke arah pemuliharaan khazanah laut kita. -
7.Bagaimana Saya Boleh Menyumbang Kepada Tabung Ini?
Anda boleh menyumbang dengan mendapatkan tiket CP setiap kali anda melawat ke Taman Laut Malaysia. -
8.Berapakah Nilai CP Yang Dikenakan?
Warganegara, RM 5.00 untuk dewasa manakala kanak-kanak dari 6 tahun hingga 12 tahun serta warga emas (60 tahun dan ke atas),dikenakan caj sebanyak RM 2.00. OKU adalah percuma
Bukan Warganegara, RM30.00 untuk dewasa manakala Kanak-Kanak dari 6 tahun hingga 12 tahun serta warga emas (60 tahun dan ke atas) dikenakan caj sebanyak RM15.00. OKU adalah percuma
-
9.Apakah Bukti Yang Semua Duit Telah Dikutip?
Setiap pembelian akan dikeluarkan sekeping tiket yang mempunyai nombor siri yang tersendiri. Tiket juga mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan penipuan. -
10.Berapa Lama Saya Boleh Tinggal Di Dalam Kawasan TLM?
Setiap tiket adalah sah bagi tempoh tiga (3) hari, dari tarikh ianya digoreskan, di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tempoh sah tiket di Taman Laut Pulau Payar adalah satu hari sahaja dari tarikh tiket digoreskan. -
11.Bolehkah Saya Menggunakan Tiket Ini Bagi Semua Taman Laut Malaysia?
Ya, tiket boleh digunakan di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tiket tuntuk melawat Taman Laut Pulau Payar perlu diperolehi secara berasingan. -
12.Bolehkah Saya Menangkap Ikan Jika CP Telah Dibayar?
Menangkap ikan adalah DILARANG sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Caj ini adalah untuk tujuan melawat dan menikmati keindahan Taman Laut Malaysia. Menangkap ikan hanya boleh dilakukan diluar kawasan Taman Laut malaysia. -
13.Di mana Boleh Saya Dapatkan Tiket Ini?
Tiket-tiket boleh dibeli dari semua Unit Taman Laut Negeri, Pusat-pusat Taman Laut, kaunter di jeti bot awam dan daripada renjer-renjer yang sedang membuat rondaan pemeriksaan