Di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, tiga (3) Seksyen Utama telah dibentuk dan tiada unit di pecahkan bagi setiap Seksyen. Tiga Seksyen tersebut adalah Seksyen Pentadbiran, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Seksyen Kewangan. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:
-
Menyedia dan menyelaras anggaran belanjawan tahunan jabatan.
-
Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.
-
Mengurusetiakan Naziran kewangan kepada PTJ.
-
Menyediakan waran peruntukan.
-
Menyediakan laporan kewangan berkala untuk jabatan.
-
Mengesan data urusniaga utama jabatan.
-
Menyelia perkara yang berkaitan dengan sebutharga, tender dan rundingterus.
-
Menguruskan surat tawaran dan dokumen kontrak.
-
Memproses dan menyediakan pesanan tempahan kerajaan.
-
Penyediaan input lembaran gaji berkomputer bagi semua pegawai dan kakitangan jabatan.
-
Menyempurnakan urusan pra-pembayaran rekod perakaunan.
-
Menyempurnakan urusan pungutan hasil dan pengendalian.
-
Menyempurnakan urusan pungutan hasil dan pengendalian rekod-rekod perakaunan khususnya bagi amanah dan deposit.
-
Mengemaskinikan rekod Tabung Amanah.
-
Menyediakan akaun Tabung untuk semakan audit.
-
Menguruskan Caj Pemuliharaan dan lain-lain Caj yang dikenakan kepada mereka yang menggunakan kemudahan Taman Laut.
-
Merancang dan membangunkan ekonomi dana.