script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Selasa, 25 Februari 2020
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
 

Modul Permainan - Kotak Beracun

 

 

 

Permainan KOTAK BERACUN

 

banner_education.jpg
 
Konsep
Slot
'Outdoor' (Pantai)
Permainan Alam Sekitar
Peralatan
  1. Bola / Buah Kelapa.
  2. Muzik ('Tape / Player').
  3. Kertas Undi (ditulis no. 1 hingga 5) digulung. Masukkan ke dalam kotak.
  4. Senarai denda no.1 hingga 5 (disertakan di bawah).
Anggota
  1. Fasilitator.
  2. Pengawal Muzik.
  3. Hakim (Membaca denda/arahan).
Objektif
  1. Menghilangkan rasa malu dikalangan peserta dan menambah keyakinan diri disamping aktiviti ceria.
  2. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan dimana akan melakukan aksi dan tabiat sesuatu spesis.
  3. Peserta akan berfikir dan mencari idea dalam penjagaan alam sekitar.
  4. Memupuk kesedaran tentang isu-isu alam sekitar.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah bulatan.
  2. Salah seorang peserta memegang bola. Apabila muzik start peserta yang memegang bola hendaklah  melambung bola kepada peserta di kanannya. Seterusnya bola akan bergerak sehingga muzik berhenti.
  3. Peserta yang memegang bola semasa muzik dihentikan dikehendaki mencabut undi dalam kotak beracun.
  4. Sekiranya undian No. 1 Hakim akan membacakan denda No. 1.
Reflek
  1. Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang telah melaksanakan denda dengan mengaitkan mereka adalah pencinta alam yang sebenar kerana berupaya menghayati alam.
Denda Kotak Beracun

No.1    Anda berada di Hutan Simpan Sepilok, Sabah. Sedang anda berjalan-jalan menikmati keindahan alam tiba-tiba anda disergah seekor Orang Utan yang mengamuk kerana habitat mereka diceroboh pembalak haram. Lakonkan semula watak Orang Utan yang sedang mengamuk.

No.2     Anda bersama ekspidisi kajian penyu di Pulau Tinggi, Johor. Pada suatu malam anda bertuah kerana bertemu seekor penyu betina yang sedang naik ke darat untuk bertelur. Lakonkan semula bagaimana penyu merangkak naik daripada lautan ke pantai dan bertelur.

No.3    Anda sedang bercuti seorang diri di Pulau Tenggol. Suatu petang ketika di pantai anda merenung ke laut yang tenang, damai dan bersih. Sebagai seorang pencinta alam timbul ilham kepada anda untuk ciptakan sebuah sajak. Deklemasikan satu rangkap sajak tersebut dengan penuh perasaan.

No.4    Anda mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Suatu ketika anda melihat seorang budak meletakkan 3 buah beg plastik yang berisi pampers yang telah digunakan di hadapan rumah anda. Pilih seorang rakan anda dan lakonkan bagaimana anda memarahi budak tersebut dalam loghat anda sendiri.

No.5    Anda seorang wartawan. Suatu hari anda diarahkan untuk membuat liputan tentang muara sungai Mersing yang dipenuhi sampah sarap. Lakonkan watak Karam Singh Walia sedang membuat laporan berita di televisyen.

 

 
 
Hit
40660
Terakhir Dikemaskini
16 Ogos 2012
Pengumuman
space
E-Perpustakaan Jabatan Taman Laut Malaysia
Kes Tangkapan Mengikut Seksyen Kesalahan Tahun 2011 hingga 2017
Garis Panduan Jabatan Taman Laut Malaysia
Galeri Kejayaan KATS
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_terengganu
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 75 | Hari Ini: 1560 | Minggu Ini: 5409
Bulan Ini: 48160 | Tahun Ini: 102786
Tahun Lepas: 687143 | Keseluruhan: 18628062
Kemaskini Terakhir: 11/02/2019
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.