Bahagian Konservasi Biodiversiti Marin telah dibahagikan kepada Seksyen Penguatkuasaan dan Seksyen Pelesenan. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:
-
Menguatkuasakan segala perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan Taman Laut.
-
Mengeluarkan kompaun.
-
Menjalankan aktiviti risikan sebelum satu-satu operasi dilaksanakan.
-
Menjalankan penyiasatan bagi setiap kes tangkapan dan mengeluarkan Kertas Siasatan.
-
Menyelia dan memantau perlaksanaan penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
-
Menyimpan rekod-rekod kesalahan di Taman Laut.
-
Memastikan peralatan dan logistik Taman Laut di lapangan sentiasa cukup dan berada dalam keadaan baik.
-
Menyelenggara semua peralatan.
-
Menyimpan rekod inventori dan penyelenggaraan peralatan.
-
Membekalkan kakitangan dengan peralatan dan kemudahan yang di perlukan untuk operasi.
-
Perolehan dan penghantaran bekalan bahan mentah (minyak diesel & petrol) untuk kegunaan bot dan enjin janakuasa.
-
Menguruskan bekalan air ke Taman Laut.
-
Memantau perjalanan bot serta aktiviti rondaan di semua Pusat Taman Laut.
-
Mengkaji kertas-kertas cadangan dari institusi penyelidikan, pihak swasta, universiti, NGO dan pihak lain yang berminat menjalankan kajian di Taman Laut.
-
Meluluskan / tidak meluluskan sesuatu projek yang dicadangkan.
-
Mengenakan syarat-syarat yang berpatutan kepada pihak-pihak yang menjalankan kajian.
-
Mengeluarkan permit kepada projek-projek yang telah diluluskan.
-
Menyelia, merekod dan memantau perjalanan projek supaya mengikut prosedur yang sah seperti di dalam permit yang telah di keluarkan.
-
Mengkaji segala kertas cadangan untuk menjalankan aktiviti di Taman Laut selain untuk tujuan penyelidikan.
-
Meluluskan/tidak meluluskan sesuatu projek yang dicadangkan.
-
Mengenakan syarat-syarat yang berpatutan kepada pihak-pihak yang menjalankan aktiviti di Taman Laut.
-
Mengeluarkan permit/lesen kepada aktiviti-aktiviti yang telah diluluskan.
-
Menyelia, merekod dan memantau perjalanan aktiviti supaya mengikut prosedur yang sah seperti di dalam permit yang telah dikeluarkan.