|

Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut menggunakan nama rasmi yang telah diselaraskan oleh Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi.
Nama pulau-pulau yang mana perairannya diwartakan sebagai Taman Laut telah diwartakan semula pada Warta Kerajaan P.U. (A) 260 melalui Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012 seperti berikut:
(a) “Pulau Gut” diwartakan sebagai “Pulau Jahat”; (b) “Pulau Chebeh” diwartakan sebagai “Pulau Ceben”; (c) “Pulau Hujung” diwartakan sebagai “Pulau Babi Hujong”; (d) “Pulau Tengah” diwartakan sebagai “Pulau Babi Tengah”; (e) “Pulau Besar” diwartakan sebagai “Pulau Babi Besar”; (f) “Pulau Goal” diwartakan sebagai “Pulau Gual”; (g) “Pulau Sibu Hujung” diwartakan sebagai “Pulau Sibu Hujong”; (h) “Pulau Mentinggi” diwartakan sebagai “Pulau Mentigi”; dan (i) “Pulau Kaca” diwartakan sebagai “Pulau Kacha”.
Dengan pewartaan semula nama pulau-pulau ini, maka segala rujukan kepada pulau-pulau ini perlu menggunakan nama rasmi seperti yang tertakluk dalam Warta Kerajaan P.U. (A) 260 (Dilampirkan). |
Lampiran | Tarikh Siaran | Sumber |
![]() |
25/01/2021 |
23034
26 Mar 2013