|

Perutusan Pengarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera. |
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata kepada semua, terutamanya warga TLM sempena kedatangan Tahun Baru 2019. |
Tahun 2018 telah meninggalkan kita dan telah banyak peristiwa dan kejayaan yang telah dicapai oleh JTLM. Begitu juga dengan pencapaian kerja yang telah mencapai sasaran sepanjang tahun 2018. Saya berharap segala kejayaan yang kita raikan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terus mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang dan berusaha menjadi warga kerja yang lebih baik pada tahun 2019. Ini membuktikan TLM boleh berjaya dan melangkah lebih jauh lagi dalam pelbagai bidang terutama dalam pengurusan biodiversiti marin. |
Namun begitu, terdapat juga kerja-kerja yang dirancang pada tahun 2018 yang tidak mencapai sasaran. Justeru itu, jadikan lah rintangan dan halangan yang dihadapi pada tahun 2018 sebagai batu lonjakan untuk terus memperbaiki perkhidmatan kita dan menjadi lebih baik pada tahun 2019. |
Dengan ketibaan tahun 2019, marilah kita menetapkan azam untuk lebih berusaha, mengeratkan lagi kerjasama serta memupuk semangat kerja berpasukan di antara semua warga TLM agar dapat mencapai Misi, Visi dan Objektif Jabatan kita. |
Disamping berusaha mempertingkatkan pencapaian perkhidmatan, hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri agar dapat melaksanakan tugas-tugas yang mendatang dengan ketenangan. |
Semoga dengan kehadiran tahun 2019 menjadikan Jabatan kita lebih maju dan terus cemerlang di masa akan datang. |
Selamat Tahun Baru 2019. |
Sekian terima kasih. |
![]() |
Pengarah Taman Laut Malaysia |
Hit
37861
37861
Terakhir Dikemaskini
11 Februari 2019
11 Februari 2019