|

Kedah
|
||||||||||||
Taman Laut Pulau Payar mengandungi empat buah pulau, Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang. Taman Laut Pulau Payar terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pulau-pulau ini digazetkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993). |
|
|||||||||||
:: Pulau-pulau | ||||||||||||
Pulau Payar adalah pulau yang terbesar, dengan keluasan 31.2 hektar dan panjangnya kira-kira 1.75km serta lebar lebih kurang 500 meter. Ia menaik ke 80-90 meter melebihi paras laut di kawasan paling tinggi. Pesisir pantai pulau ini lebih kurang 3.35 km dengan pantai yang sangat terhad dan tanah rata tanpa sumber air tawar. Terdapat empat pantai berpasir di sebelah timur pulau ini. Pantai di sepanjang timur barat dipenuhi batuan dan dicirikan oleh cenuram yang curam dan juga saluran yang terbentuk oleh ombak. Dua pantai yang terpanjang (lebih kurang 100 meter) terletak di hadapan pusat maklumat taman laut dan pelantar pelancong komersil. Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat. | ||||||||||||
Pulau kaca terletak di timur laut Pulau Payar. Pulau dengan keluasan 1.8 hektar ini adalah gabungan bongkah-bongkah batu dengan litupan tumbuhan yang jarang-jarang. Ia mencapai ketinggian kira-kira 10m melebihi paras laut. | ||||||||||||
Pulau Lembu terletak ke timur Pulau Kaca dan kira-kira 0.75nm ke timur laut Pulau Payar. Panjangnya adalah 0.75km dan mempunyai keluasan 6.9 hektar. Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat dan naik mendadak dari pantai ke ketinggian lebih kurang 70 meter. Terdapat satu pantai kecil di sebelah timur pulau. | ||||||||||||
Pulau Segantang terletak lebih kurang 6.7nm ke barat daya Pulau Payar dan terdiri daripada dua lapisan tanah berbatu yang bertemu di dasar laut. Lapisan tanah yang lebih besar adalah lebih kurang 200m panjang dan kira-kira 50m lebar, sementara lapisan tanah yang lebih kecil adalah lebih kurang 50m panjang dan 40m lebar. Tumbuhan yang bertaburan, terutamanya rumput boleh dijumpai di kedua-dua lapisan tanah. | ||||||||||||
Iklim | ||||||||||||
Iklim di pulau-pulau ini biasanya panas dan lembap di sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim hujan bermula semasa monsun barat daya dalam bulan Mei dan memuncak dalam bulan Oktober dengan purata hujan bulanan tertinggi. Musim kemarau boleh dilihat pada bulan Januari dan Februari di mana Januari merupakan bulan paling kering dengan min taburan hujan paling sedikit. | ||||||||||||
Atas | ||||||||||||
:: Kemudahan dan Perkhidmatan | ||||||||||||
Di Pulau Payar, terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pusat ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan. | ||||||||||||
Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk carta, poster, peta, risalah, tayangan slaid/video untuk meningkatkan penghayatan anda terhadap persekitaran marin dan pulau. | ||||||||||||
Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempersonakan. Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung. | ||||||||||||
Kawasan Berlabuh dan Boya Tambatan | ||||||||||||
Untuk mengelakkan kemusnahan batu karang akibat aktiviti berlabuh, vesel tidak dibenarkan melabuhkan sauh dalam lingkungan kawasan taman laut dan penggunaan boya tambatan sangatlah digalakkan. Boya tambatan disediakan oleh pihak berkuasa taman di tempat-tempat terpilih di sekeliling pulau-pulau di Taman Laut Pulau Payar. | ||||||||||||
Atas | ||||||||||||
:: Melawat Tempat-tempat dan Perkara Yang Boleh Dilakukan | ||||||||||||
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat atau di dasar laut bagi sesiapa yang berminat. Terdapat banyak denai pejalan kaki khas, dan pemandangan yang boleh dilihat termasuklah keluang endemik, biawak dan shore pit viper, memerhatikan burung dari 21 spesies burung liar seperti lang siput, crested serpent eagle dan pergam. Selam skuba dan snorkel adalah aktiviti utama bagi kebanyakan pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar. Salah satu perkara yang paling menarik untuk dilakukan melihat mamalia marin dan ikan di mana Taman Laut Pulau Payar adalah sebahagian laluan migrasi bagi ikan dan mamalia marin yang mengagumkan. Haiwan menakjubkan seperti sailfish, ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu paus boleh ditemui oleh penyelam dan pengunjung yang bernasib baik semasa musim panas di sekitar Oktober hingga Februari. |
||||||||||||
Atas | ||||||||||||
:: Bagaimana Ke Sana? | ||||||||||||
Melalui Laut | ||||||||||||
Terdapat tiga pintu masuk utama ke Taman Laut Payar. Laluan paling hampir adalah dari Kuala Kedah. Terdapat juga ejen-ejen pelancongan dan hotel-hotel di Pulau Langkawi yang menyediakan perkhidmatan bot sewa dan feri untuk melawat Taman dan juga untuk sesiapa yang berminat melakukan aktiviti selam skuba. Perjalanan menggunakan bot mengambil masa 30 minit dari Kuala Kedah, dan dari Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perkhidmatan feri juga boleh didapati dari Pulau Pinang dan pengunjung akan sampai ke Pulau Payar dalam masa kira-kira dua jam. Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi dan Pulau Pinang boleh didapati setiap hari. | ||||||||||||
Atas | ||||||||||||
Kemudahan di Taman Laut Pulau Payar
Di Pulau Payar, terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pusat ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan.Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk carta, poster, peta, risalah, tayangan slaid/video untuk meningkatkan penghayatan anda terhadap persekitaran marin dan pulau.Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempersonakan. Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.
|
Hit
16271
16271
Terakhir Dikemaskini
30 Julai 2012
30 Julai 2012