|
APAKAH PUNCA PUKAT HANTU? |
-
Dibuang atau ditinggalkan di laut
-
Hilang atau hanyut semasa operasi menangkap ikan
-
Ditinggal oleh nelayan untuk mengelakkan tindakan perundangan dari agensi penguatkuasaan
|
APAKAH KESAN PUKAT HANTU KE ATAS EKOSISTEM TERUMBU KARANG DI TAMAN LAUT?
|
-
Mengancam nyawa hidupan marin di dasar laut akibat dijerut strangle pada pukat.
-
Mengurangkap kepadatan stok ikan dalam kawasan terumbu karang. Pukat hanyut akan terus menangkap ikan namun hasilnya terbiar begitu sahaja.
-
Ancaman risiko kemalangan dan kecederaan kepada para penyelam akibat dijerut oleh pukat hantu.
-
Menghalang tumbesaran terumbu karang akibat dilitupi oleh pukat ini.
|
APA YANG PERLU DILAKUKAN
|
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah pukat hantu ini.
-
Pendidikan dan kesedaran di kalangan para nelayan tentang kepentingan menjaga ekosistem terumbu karang khususnya di Taman Laut dan kesan pukat hantu kepada hidupan marin.
-
Pengawalseliaan dan penguatkuasaan di Taman Laut oleh agensi penguatkuasa seperti JTLM secara berkesan, menyeluruh dan berpanjangan.
-
Pemantauan dan pengesanan pukat hantu samada yang terdapat di dasar laut ataupun yang terdampar di tepi pantai.
-
Mendapatkan maklumat dari orang awam dan pengusaha selam SCUBA tentang penemuan pukat-pukat terbiar.
-
Menjalankan aktiviti pembersihan dasar laut bersama sukarelawan dan dijalankan secara berkala.
|
APA YANG BOLEH ANDA BANTU?
|
Anda turut boleh menyumbang dan memainkan peranan kepada pengurangan kesan pukat hanyut demi kelangsungan hidup ‘survival’ dan konservasi hidupan marin ini. Anda boleh:
|
-
Membuat aduan secara terus kepada Pejabat Pusat Taman Laut yang bertempat di 5 buah pulau iaitu di Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Payar, Pulau Tioman dan Pulau Tinggi.
-
Turut serta sebagai sukarelawan dalam aktiviti pembersihan dasar laut.
|
PUKAT YANG HILANG DILAUTAN AKAN TERUS MENERUS MENGHANTUI DASAR LAUTAN DAN MENANGKAP IKAN
|