
|
|
|
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inventori Sumber |
( Wan Muhammad Aznan bin Abdullah ) |
Dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Penyelidikan dan Seksyen Inventori Sumber telah diletakkan di bawah Bahagian Penyelidikan dan Inventori Sumber, Jabatan Taman Laut. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:
Seksyen Penyelidikan
-
Mewujudkan mekanisma jaringan perhubungan antara universiti dan institusi penyelidikan bagi mempertingkatkan maklumat penyelidikan untuk pengurusan ekosistem marin.
-
Menyelaras penyelidikan bersama universiti dan institusi penyelidikan luar dan dalam negara.
-
Membentuk Bidang Keutamaan Kajian ('Research Priority Area') dan Pelan Penyelidikan berkaitan ekosistem marin.
-
Merancang, menyelaras dan mendapatkan dana bagi program penyelidikan dan pemantauan.
-
Menyelaras dan menerbit Laporan Penilaian Dan Analisis Penyelidikan.
-
Menyelaras dan mengurus Permit Kajian.
-
Membangun dan menyebarkan kit analisa piawai serta prosedur penyimpanan.
Seksyen Inventori Sumber
-
Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pemantauan jangka panjang di kawasan Taman Laut :
-
Pemantauan sumber marin termasuk terumbu karang.
-
Tahap dan kesan sedimentasi terhadap habitat.
-
Kualiti Air.
-
Pergerakan arus, morfologi pantai dan hidrodinamik.
-
Kesihatan organisma termasuk kajian penyakit.
-
Fenomena alam yang berkaitan seperti El-Nino, La-Nina, Tsunami, Monsoon.
-
‘Biological Outbreak’ dan tahap infestasi seperti algal bloom, Crown of Thorns dan Drupella spp.
-
Menghasilkan laporan status kesihatan habitat di kawasan Taman Laut.
-
Memantau perjalanan projek pembangunan di Pulau Taman Laut agar ikut tindakan mitigasi yang di syorkan.
-
Menjalankan Kajian EIA ke atas projek-projek yang dicadangkan.
-
Menjalankan pemantauan beberapa aspek ’key indicator’ seperti ikan, terumbu karang bagi semua projek yang dapat kelulusan EIA pada masa sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan projek.
-
Memberi nasihat teknikal dan ulasan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam meluluskan projek pembangunan di Taman Laut.
-
Menjadi ahli kepada Jawatankuasa Penilaian bagi laporan penilaian alam sekitar untuk semua permohonan projek pembangunan yang dicadangkan untuk dijalankan di kawasan taman laut.
|