PUSAT KONSERVASI & PENERANGAN PENYU

Home / LOKASI / PUSAT KONSERVASI & PENERANGAN PENYU

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) dibina oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan diuruskan oleh Pejabat Perikanan Negeri. Ia merupakan pusat informasi, pembelajaran, tempat perlindungan, penetasan dan penyelidikan mengenai penyu. Pusat ini juga turut dijadikan pusat rawatan bagi penyu-penyu yang dijumpai terdampar dan tercedera sebelum dilepaskan semula ke laut.

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk memulihara penyu:

  • Jangan makan telur penyu
  • Jangan ganggu penyu yang sedang bertelur
  • Jangan ganggu anak penyu yang menetas merangkak ke laut
  • Jangan beli kraftangan/cenderamata yang dibuat daripada penyu
  • Jangan buang sampah ke pantai/laut/sungai
  • Jangan buang jaring/pukat/pancing ke dalam laut
  • Sokong aktiviti pemuliharaan penyu yang dijalankan di Malaysia
  • Hubungi Jabatan Perikanan Malaysia di talin 03-8888 5019 sekiranya terdapat penyu terdampar

Objektif utama penubuhan pusat ini adalah:

  • Memulihara dan melindungi kawasan pendaratan penyu.
  • Mengawalselia aktiviti pengutipan telur penyu dari sarang semulajadi penyu.
  • Mengutip, mengumpul dan menanam telur penyu di tapak hatcheri bagi tujuan penetasan.
  • Memelihara dan mengasuh anak anak penyu sehingga saiz sesuai untuk dilepaskan ke laut (habital asal).
  • Menjalankan kajian saintifik mengenai penyu melibatkan pegawai penyelidik dari dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan penyu kepada setiap lapisan masyarakat.
  • Menjadikan Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu sebagai daya tarikan pelancong.

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu mula ditubuhkan sejak tahun 1985. Terdapat enam (6) buah pusat dan satu (1) ruang pameran Penyu di seluruh semenanjung Malaysia iaitu:

  • Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Pantai Kerachut, Pulau Pinang
  • Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Segari, Perak
  • Ruang Pameran Penyu, Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Padang Kemunting, Melaka
  • Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Cherating, Pahang
  • Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Rantau Abang, Terengganu
  • Pusat Konservasi Penyu Ma’Daerah, Kerteh, Terengganu

Statistik Pendaratan Penyu di Malaysia (2000-2020)

Statistik Pengeraman Penyu di Malaysia (2000-2020)

Statistik Penetasan Penyu di Malaysia (2000-2020)

Pusat ini dijadikan pusat rujukan oleh orang awam mengenai spesis penyu.

Antara kepentingan dan fungsi pusat adalah seperti berikut :-

  • Pengurusan dan Pemantauan Pantai Penyu
  • Pemantauan Populasi Penyu
  • Penetasan dan Pelepasan
  • Kawalselia dan Penguatkuasaan
  • Pendidikan dan Kesedaran Awam
  • Penyelidikan

AKTIVITI DILARANG

Antara aktiviti dilarang adalah:

  • Mengusik/menyentuh penyu yang dipamerkan
  • Membuat bising
  • Membuang sampah
  • Menceroboh kawasan larangan

AKTIVITI DIBENARKAN

Antara aktiviti dibenarkan adalah:

  • Mengambil gambar di dalam pusat konservasi dan penerangan penyu dan di kawasan-kawasan yang dibenarkan
  • Melihat pameran-pameran berkenaan penyu di bilik pameran
  • Mengikuti aktiviti melepaskan anak-anak penyu ke laut atau mana-mana program kesedaran pemuliharaan penyu yang dianjurkan oleh pusat/Jabatan Perikanan Negeri
  • Mengikuti program pembersihan kawasan pantai, pembersihan pusat dan kolam pameran

Infografik

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow