PKPP CHERATING

Pusat
Jumlah pusat & kawasan jagaan yang ditadbir
Sarang
Bilangan pendaratan Penyu pada tahun 2019
Spesis
Spesis Penyu mendarat adalah Penyu Agar sahaja
Pelancong
Jumlah pelancong pada tahun 2019

Pusat Konservasi & Penerangan Penyu Cherating terletak di KM 45 Jalan Kuantan-Kemaman, Kuantan, Pahang.  Jarak Pusat ini lebih kurang 51 km dari Kuantan dan 15 km dari Kemaman. Pusat ini berfungsi sebagai tempat pemuliharaan, penetasan, perlindungan, penyebaran maklumat awam, pembelajaran, penyelidikan spesies penyu dan pelancongan. Ia  dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dari jam 9.30 pagi hingga 4.30 petang.

Pusat ini telah dibina pada tahun 1997 dan beroperasi pada 2 Januari 1998 dengan nama Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating dan pembukaannya telah dirasmikan pada 24 September 1998 oleh Menteri Besar Pahang ketika itu, Tun Hj Mohd Khalil Bin Yaakob. Pada tahun 2007, pusat ini telah diisytiharkan sebagai salah satu produk pelancongan negeri Pahang.

PKPP Cherating terletak di kawasan Pantai Chendor bersebelahan dengan resort Club Med. Ianya diiktiraf sebagai salah satu lokasi pelancongan utama di Negeri Pahang. Pantai Chendor dan Pantai Cherating terkenal sebagai destinasi pelancongan di Negeri Pahang dan juga merupakan kawasan perkampungan nelayan. Terdapat juga santuari Penyu yang diusahakan oleh resort swasta di Pantai Cherating. Perusahaan snorkeling dan surfing merupakan kegiatan pelancongan yang banyak dijalankan di Cherating.

Kedudukan PKPP Cherating hampir dengan sempadan Negeri Pahang dan Terengganu. Ianya tidak jauh dari Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu (lebih kurang 20 minit perjalanan menaiki kereta). Bagi yang berminat, anda boleh ke bandar ini atau ke Zoo & Taman Rekreasi Kemaman. Anda juga boleh melawat Masjid Jambi, Rumah Jambi, melawat hutan paya bakau, serta menikmati hidangan makanan laut, satar, keropok lekor, otak-otak dan lain-lain lagi di pelbagai restoran/kedai.

Fasiliti yang terdapat di sini adalah:

  • Hatcheri
  • Tempat rehat (pondok)
  • Surau
  • Tandas
  • Galeri pameran statik
  • Bilik taklimat/tayangan video
  • Kolam Penyu
  • Tapak perkemahan

Di Pantai Cherating terdapat banyak chalet, resort serta hotel-hotel peranginan. Anda juga boleh memilih untuk menginap di kawasan Bandar Chukai kerana di sana terdapat banyak kemudahan kawasan setempat.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sini adalah:

  • Mengeramkan telur penyu
  • Mengasuh anak-anak penyu di kolam penyu sebelum dilepaskan ke laut
  • Melindungi penyu daripada sebarang ancaman kepupusan
  • Mengadakan program konservasi dan kesedaran awam serta penyelidikan Penyu di Pahang
  • Menyediakan maklumat dan aktiviti kesedaran kepada masyarakat awam

Aktiviti yang boleh dilakukan oleh pengunjung adalah:

  • Aktiviti pendidikan dan penghayatan pemuliharaan penyu
  • Aktiviti pelepasan anak penyu
  • Program sukarelawan penyu
  • Lawatan ke kolam penyu dan galeri pameran

Aktiviti yang TIDAK boleh dilakukan oleh pengunjung adalah:

  • Berkhemah di sepanjang pantai
  • Mengadakan aktiviti di pantai pada waktu malam
  • Membuat bising dan berjalan sepanjang pantai di waktu malam
  • Mengganggu penyu sedang mendarat, bertelur dan ketika turun ke laut
  • Menggunakan lampu suluh serta mengambil gambar menggunakan flash ketika penyu mendarat, bertelur dan turun ke laut
  • Memancing sepanjang pantai di waktu malam

Melalui Jalan Darat

Pusat ini boleh diakses melalui jalanraya. Anda boleh menaiki pengangkutan persendirian atau pengangkutan awam seperti bas, teksi dan perkhidmatan e-hailing.

Anda perlu menuju ke negeri Pahang untuk sampai ke PKPP Cherating. Jika anda dari Kuala Lumpur, anda boleh memilih untuk melalui Lebuhraya Pantai Timur dan keluar di persimpangan Plaza Tol Jabor. Seterusnya anda akan melalui Gebeng Bypass ke Jalan Kuantan-Kemaman. Teruskan perjalanan sehingga sampai ke destinasi di Bukit Cherating. Jarak perjalanan dari Plaza Tol Jabor ke PKPP Cherating adalah lebih kurang 30 minit.

Galeri Foto

PKPP Cherating

PKPP Cherating

Informasi

PUSAT KONSERVASI & PENERANGAN PENYU CHERATING
KM 45, Jalan Kuantan-Kemaman,
26080 Kuantan, Pahang

+606-581 9087
+606-581 9124
+6011-2880 1385
SAHROM B ABU SAMAH

TIPS BERGUNA

Panduan mudah untuk pelancong yang ingin datang ke PKPP Cherating ialah ianya terletak bersebelahan dengan Club Med Cherating.

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow