PKPP PADANG KEMUNTING

Pusat
Jumlah pusat & kawasan jagaan yang ditadbir
Sarang
Bilangan pendaratan Penyu pada tahun 2019
Spesis
Spesis Penyu mendarat adalah Penyu Karah sahaja
Pelancong
Jumlah pelancong pada tahun 2019

Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Padang Kemunting terletak di Padang Kemunting, Masjid Tanah, Melaka. Ia merupakan Pusat Konservasi yang berada di bawah naungan Jabatan Perikanan Malaysia dan mendapat sokongan dari Kerajaan Negeri Melaka. Pusat ini terkenal sebagai PKPP yang mencatatkan pendaratan Penyu Karah tertinggi di Semenanjung Malaysia.

Pusat ini dibuka untuk lawatan setiap hari kecuali pada hari Isnin dan cuti umum. Waktu melawat adalah dari hari Selasa -Ahad jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang manakala pada hari Jumaat pula pada pukul 10.00 pagi – 4 petang.

Aktiviti konservasi bermula pada tahun 1989 di Pulau Besar, Melaka. Pusat ini dibina di kawasan Pantai Padang Kemunting pada tahun 1990 dengan keluasan 0.2953 ha.

Kedudukan PKPP Padang Kemunting yang berhampiran pantai menjadikan Pusat ini sebagai salah satu tarikan pelancong di Negeri Melaka. Terdapat perkampungan nelayan di sini yang menjadikan aktiviti penangkapan ikan dan hidupan laut sebagai sumber pendapatan.  Kawasan Pantai Padang Kemunting juga diiktiraf sebagai salah sebuah pantai peranginan yang popular di Negeri Melaka.

Kedudukan Pantai Padang Kemunting hanya bersebelahan dengan Pantai Pengkalan Balak dan Tanjung Bidara yang menghadap Selat Melaka. Salah satu tarikan di Tanjung Bidara ialah Kompleks Falak Al-Khawarizmi yang digunakan untuk melihat anak bulan bagi penentuan puasa dan Hari Raya.

PKPP Padang Kemunting mempunyai fasiliti-fasiliti seperti:

  • Hatcheri
  • Kolam Penyu
  • Bilik Pameran
  • Bilik Audio
  • Surau
  • Tandas

Di sekitar Pantai Padang Kemunting, Pantai Pengkalan Balak dan Tajung Bidara terdapat banyak chalet, hotel dan resort serta restoran. Kawasan pesisiran pantai ini juga menjadi tarikan utama bagi mereka yang ingin menikmati hidangan makanan laut. Pengunjung mempunyai banyak pilihan untuk penginapan dan makan-minum di sini. Selain itu, di Tanjung Bidara, terdapat banyak kemudahan seperti klinik, kedai-kedai, sekolah, masjid dan lain-lain.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di PKPP Padang Kemunting adalah:

  • Memelihara, memulihara, melindungi dan mengurus spesies Penyu Karah di Negeri Melaka
  • Menyediakan maklumat pendidikan dan aktiviti kesedaran kepada orang awam seperti mengadakan pameran di sekolah-sekolah dan Institut Pengajian Tinggi Negeri Melaka dan menganjurkan aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR)/Khidmat Komuniti pelajar sekolah, universiti dan syarikat swasta.
  • Melakukan pengeraman, penetasan, pemuliharaan dan penyelidikan ke atas Penyu Karah

Melalui Darat

Mulakan perjalanan anda ke Negeri Melaka. Laluan paling mudah dan selesa ke negeri ini adalah melalui  Lebuhraya Utara-Selatan. Keluar ke simpang Plaza Tol Ayer Keroh. Dari situ, teruskan perjalanan melalui Lebuh Ayer Keroh menuju ke Masjid Tanah melalui Lebuh SPA. Anda akan melalui Tanjung Bidara sebelum sampai ke Padang Kemunting. Tempoh perjalanan dari Plaza Tol Ayeh Keroh ke PKPP Padang Kemunting mengambil masa selama 45 minit.

Galeri Foto

PKPP Padang Kemunting

PKPP Padang Kemunting

Informasi

PUSAT KONSERVASI & PENERANGAN PENYU PADANG KEMUNTING
78300 Masjid Tanah,
Melaka

+606-384 6754
+606-384 6754
+6017-206 9468
MASTURA BT DAUD

TIPS BERGUNA

Kawasan Pantai Padang Kemunting merupakan destinasi pelancongan popular di Negeri Melaka. Bagi pelancong dari luar, anda boleh bermalam di resort-resort berhampiran. Anda juga boleh berkelah dan mandi-manda di pantai ini.

 

Media Sosial

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow