PUSAT IKAN HIASAN PORT DICKSON

Home / LOKASI / PUSAT KONSERVASI & PENERANGAN PENYU / PUSAT IKAN HIASAN PORT DICKSON
Pusat
Jumlah pusat & kawasan jagaan yang ditadbir
Sarang
Bilangan pendaratan Penyu pada tahun 2019
Spesis
Spesis Penyu mendarat adalah Penyu Agar & Penyu Karah
Pelancong
Jumlah pelancong pada tahun 2019

Ruang Pameran Penyu terletak di dalam Pusat Ikan Hiasan Port Dickson terletak di Batu  7, Jalan Pantai Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Ia ditubuhkan khas untuk menjaga dan memulihara spesis Penyu Karah dan Penyu Agar yang terdapat di perairan Port Dickson.

Pihak Kerajaan Negeri Sembilan melantik pengutip telur Penyu berlesen untuk menjalankan aktiviti pengutipan telur-telur Penyu di pantai Port Dickson. Telur-telur ini kemudiannya ditempatkan di ruang hatcheri untuk dieramkan dan diasuh. Selain daripada itu, ruang hatcheri Penyu ini juga dijadikan sebagai tempat rawatan penyu yang terdampar atau penyu yang cedera dijumpai oleh nelayan setempat untuk disimpan sementara sebelum dilepaskan semula ke laut.

Pusat ini dibuka setiap hari termasuk cuti mingguan dan cuti umum. Masuk adalah percuma bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Ruang Pameran Penyu ini mula dipamerkan kepada pengunjung awam bermula pada tahun 2016 sehingga kini. Ia bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada masyarakat umum tentang kepentingan penyu kepada ekosistem laut. Ia juga turut dikunjungi oleh pelajar sekolah, pelancong dalam dan luar negara.

Selain Ruang Pameran Penyu, pengunjung juga boleh melihat pelbagai spesies ikan hiasan marin, teknologi kultur dan propagasi karang, kaedah pembiakan kuda laut dan ikan clownfish yang dipamerkan di dalam Pusat Ikan Hiasan.

Pusat Ikan Hiasan Port Dickson terletak bersebelahan dengan Pantai Port Dickson. Terdapat juga Pantai Teluk Kemang yang terletak lebih kurang 2 KM dari Pusat ini. Pantai Teluk Kemang terkenal sebagai sebuah pantai peranginan di Negeri Sembilan. Terdapat Dataran Zouk Kemang yang menjadi pusat kunjungan pelancong.

Pengunjung boleh melawat tempat-tempat menarik lain di Port Dickson seperti Ladang Burung Unta, Rumah Terbalik, Tokong Wan Loong, Balai Cerap Teluk Kemang, dan lain-lain lagi.

Berikut adalah fasiliti di Ruang Pameran Penyu Port Dickson:

  • Ruang hatceri pengurusan Penyu bagi menempatkan aktiviti pengeraman telur dan asuhan anak Penyu
  • Ruang pameran spesies Penyu
  • Ruang konkrit simen menggunakan pasir sungai untuk tujuan penetasan telur-telur yang diperolehi daripada pengutip telur Penyu berlesen
  • Sebelas (11) unit tangki asuhan bagi menempatkan anak-anak Penyu pelbagai peringkat umur untuk tujuan pameran dan juga kajian pemakanan sebelum kesemuanya dilepaskan semula ke laut.

Pusat Ikan Hiasan turut menyediakan kemudahan-kemudahan berikut untuk para pengunjung:

  • Bilik Pameran
  • Surau
  • Tandas
  • Kaunter informasi
  • Bilik Tayangan 3D

Bagi pengunjung yang datang dari luar dan ingin bermalam di Port Dickson, anda bolehlah ke Teluk Kemang atau Bandar Port Dickson kerana terdapat banyak pilihan resort, hotel dan chalet di sana. Terdapat juga restoran dan hospital di Bandar Port Dickson.

Di antara aktiviti-aktiviti yag dijalankan di Pusat ini adalah:

  • Mengumpul telur-telur Penyu dan mengeramkannya di hatcheri
  • Melepaskan anak-anak Penyu ke laut
  • Memulihara spesis Penyu Agar dan Penyu Karah yang terancam
  • Mempamerkan Penyu/anak-anak Penyu kepada para pengunjung di Ruang Pameran
  • Merawat Penyu yang terdampar/tercedera

Melalui Jalan Darat

Mulakan perjalanan anda dengan menuju ke Port Dickson, Negeri Sembilan. Anda boleh melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di simpang plaza Tol Port Dickson. Ambil arah ke Teluk Kemang, menuju ke Pusat Ikan Hiasan Marin. Perjalanan dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit.

Galeri Foto

PIH Port Dickson

PIH Port Dickson

Informasi

PUSAT IKAN HIASAN PORT DICKSON
Jalan Pantai Batu 7,
Telok Kemang,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan

+606-662 1089
+606-662 1097
+6012-638 5146
DOREEN WEE SIEW LEEN

TIPS BERGUNA

Anda disyorkan untuk menjadikan trip anda sebagai percutian bermalam di Port Dickson kerana banyak tempat-tempat menarik di sini. Pastikan anda menempah lebih awal untuk menginap kerana destinasi ini agak sesak semasa musim cuti sekolah.

 

Media Sosial

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow