Terdapat hanya 1 santuari di Negeri Johor iaitu Zon Konservasi Ikan, Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang.

Pada tahun 2019, Jabatan Perikanan Negeri Johor telah menjalankan siri ke-2 Program Kajian Inventori Sumber Perikanan Darat di mana lokasi program ini ialah di Gunung Belumut, Kluang Johor. Lokasi ini dipilih sebagai kajian awal berdasarkan maklumat stok ikan yang ada di perairan Gunung Belumut ini dimana lokasi ini juga antara lokasi cadangan untuk pembangunan santuari ikan di daerah Kluang.
Zon Konservasi Ikan Gunung Belumut ini terletak di dalam kawasan Taman Eko Rimba Gunung Belumut di dalam Hutan Simpan Kluang. Jarak taman ini adalah 32 Km dari Bandar Kluang, Johor. Hutan di kawasan ini merupakan hutan dari jenis Hutan Dipterokarp Bukit iaitu kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300-750 meter dari paras laut yang merupakan kelas hutan yang terluas di Semenanjung Malaysia. Taman Eko Rimba Gunung Belumut dibuka untuk kunjungan orang awam setiap hari dari jam 7 pagi hingga 6 petang.