SANTUARI DI KELANTAN

Home / LOKASI / SANTUARI / SANTUARI DI KELANTAN

Terdapat 1 sahaja santuari di negeri Kelantan iaitu Santuari Ikan Air Tawar Jeram Mengaji.

  • Kawasan Jeram Mengaji telah diwujudkan oleh Majlis Daerah Pasir Puteh sebagai tempat rekreasi bermula pada 2005.
  • Pengurusan jeram ini telah dipindah milik kepada Jeram Mengaji Agro Resort bermula pada 2017 dan Jabatan Perikanan Malaysia telah mewujudkan kawasan santuari ikan di Jeram Mengaji pada tahun 2018.
  • Spesis ikan yang paling banyak terdapat di jeram mengaji adalah Tengas dan Kelah.
  • Jabatan Perikanan telah membuat pelepasan umum sebanyak 6,000 ekor tengas dan 1,000 ekor kelah bermula dari tahun 2018 sehingga sekarang.
  • Kawasan santuari ini terletak di dalam Hutan Simpan Chabang Tongkat yang mana hutan simpan ini mempunyai keluasan 124.982 hektar. Hutan simpan ini adalah salah satu daripada kawasan konservasi hutan yang termasuk dalam Central Forest Spine (CFS).
  • Pejabat Perikanan Negeri Kelantan telah mewujudkan bilik operasi santuari di Jeram Mengaji Agro Resort (JMAR) untuk sama-sama menjaga dan memantau kawasan santuari. Pemantauan harian dilakukan oleh kakitangan JMAR manakala pemantauan mingguan dilakukan oleh kakitangan Pejabat Perikanan Daerah Pasir Puteh.

Galeri Foto

Santuari Ikan Jeram Mengaji

Santuari Ikan Jeram Mengaji

Informasi

SANTUARI IKAN JERAM MENGAJI
Jeram Mengaji Agro Resort,
Lot. 972, Kg. Sungai Durian,
Mukim Banggol Setol,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan

+6013-928 0767
ROSLI B ABDULLAH (Pengurus JMAR)

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow