SANTUARI DI PAHANG

Home / LOKASI / SANTUARI / SANTUARI DI PAHANG

Terdapat 3 buah santuari di negeri Pahang iaitu:

  • Santuari Perikanan Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut
  • Santuari Perikanan Kampung Kuala Serau, Lipis
  • Santuari Perikanan Kampung Lubuk Kulit, Lipis

Santuari Perikanan Kampung Kuala Sat mula ditubuhkan pada tahun 2010 bertujuan bagi melindungi dan memulihara spesis ikan air tawar asli yang terdapat di perairan Sungai Sat. Kawasan ini mempunyai MyKomuniti Perikanan (myKP), suatu program di bawah Kerajaan Malaysia yang melibatkan komuniti setempat. Jumlah Pelepasan Benih Ikan yang dilakukan di sini bermula dari tahun 2010 sehingga kini adalah sebanyak 104,422 ekor. Di antara spesis ikan yang dilepaskan ialah Ikan Lampam Sungai, Kelah, Kerai dan Tenggalan.

Santuari ini mula tubuhkan pada tahun 2007 melibatkan perairan Sungai Serau. Ia mempunyai myKomuniti Perikanan (myKP). Jumlah pelepasan benih ikan dari tahun 2008 hingga 2020 adalah melebihi 200,000 ekor. Di antara spesis ikan yang dilepaskan di sini ialah Lampan Sungai, Kelah, Kerai Tenggalan dan Baung.

Santuari ini mula tubuhkan pada tahun 2018 melibatkan perairan Sungai Telang. Kawasan ini adalah dalam proses untuk menubuhkan myKomuniti Perikanan (myKP). Jumlah pelepasan benih ikan dari tahun 2018 hingga 2020 adalah sebanyak 56,300 ekor. Di antara spesis ikan yang dilepaskan di sini ialah Lampan Sungai, Kelah, Kerai Tenggalan dan Baung.

Galeri Foto

Santuari Perikanan Kg. Kuala Sat

Santuari Perikanan Kg. Kuala Sat

Santuari Perikanan Kg. Kuala Serau

Santuari Perikanan Kg. Kuala Serau

Santuari Perikanan Kg. Lubuk Kulit

Santuari Perikanan Kg. Lubuk Kulit

Informasi

SANTUARI PERIKANAN KAMPUNG KUALA SAT
Kampung Kuala Sat,
Ulu Tembeling,
27000 Jerantut,
Pahang Darul Makmur

+6019-747 6749
ABU TALIB B AHMAD (Pengerusi myKP)

SANTUARI PERIKANAN KAMPUNG KUALA SERAU
Kampung Kuala Serau,
27650 Lipis,
Pahang Darul Makmur

+6010-794 6268
ZAINUDIN B AWANG (Pengerusi myKP)

SANTUARI PERIKANAN KAMPUNG LUBUK KULIT
Kampung Lubuk Kulit,
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

+6013-399 8842
MAZLAN B JALI@TAIB (Pengerusi myKP)

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow