SANTUARI DI PERAK

Home / LOKASI / SANTUARI / SANTUARI DI PERAK

Terdapat 2 santuari di Negeri Perak iaitu:

  • Santuari Ikan Arowana Tasik Bukit Merah, Semanggol
  • Santuari Ikan Tasik Raban, Lenggong

Tasik Bukit Merah terletak di Gunong Semanggol di negeri Perak. Di sini, sebuah empangan telah dibina dan menyebabkan sebahagian kawasan telah tenggelam dan bertukar menjadi Tasik buatan yang luas. Tasik ini wujud dengan terbinanya sebuah empangan yang menakung aliran air dari 3 buah sungai, iaitu Sungai Selerong, Sungai Merah dan juga Sungai Kurau.

Tasik Bukit Merah mula dibina pada tahun 1902 dan kemudiannya disiapkan pada tahun 1906 dengan tujuan untuk membekalkan air kepada kawasan tanaman padi di daerah Kerian yang dianggarkan berkeluasan 24,000 Hektar. Dengan berkeluasan sebanyak 3,628 Hektar permukaan air, ia juga berperanan untuk membekalkan sumber air terawat kepada penduduk setempat melalui loji air yang terletak di Pekan Semanggol.

Tasik ini turut dikenali sebagai satu-satunya habit semulajadi bagi ikan Kelisa Emas di dunia. Bentuk badannya yang cantik, ditambah pula dengan warna emas pada sisiknya menjadikan ia sebagai salah satu ikan hiasan yang cantik dan digemari oleh ramai pihak. Ikan ini merupakan satu khazanah negara yang patut dibanggakan dan dilindungi agar dapat diwarisi oleh generasi yang akan datang.

MyKomuniti Perikanan (myKP) Santuari Bukit Merah telah ditubuhkan bertujuan untuk membantu menjaga kelestarian sumber perikanan di kawasan tersebut. Disamping itu, myKP Tasik Bukit Merah turut berperanan untuk menguruskan santuari ikan yang telah di wujudkan di kawasan tersebut di mana ia berpotensi untuk menjadi lokasi agro-pelancongan di Negeri Perak, terutama dengan wujudnya habit asli Ikan Kelisa Emas. Manakala dengan tertubuhnya santuari ini, dijangka ramai nelayan akan menerima manfaat, termasuk tambahan pendapatan dengan pelbagai aktiviti berteraskan pelancongan dapat dijalankan. Usaha ini juga adalah salah satu cara untuk Malaysia menembusi pasaran Eropah dengan wujudnya pusat pemulihan Ikan Arowana. Pengusaha-pengusaha Ikan Arowana boleh menyumbang kepada pelepasan ikan mereka dalam santuari ini apabila telah siap dan dipasang jaring.

Santuari Ikan Tasik Raban mula diwujudkan pada bulan Mei 2019 hasil idea dari Cawangan Pengurusan Sumber Negeri Perak dengan kerjasama Jabatan Perikanan Negeri Perak dan Majlis Daerah Lenggong. Penubuhan santuari ini bertujuan untuk memulihara spesis ikan tempatan di Tasik Raban.

Keluasan kawasan santuari adalah sebanyak 13 ekar dan terletak di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Seramai 20 orang nelayan darat dari persatuan PENJARING terlibat dengan penubuhan santuari ini dan sebanyak RM 500,00.00 telah diperuntukkan sebagai bantuan permulaan untuk penubuhannya. Santuari ini akan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2021. Di antara spesis-spesis ikan yang dipulihara ialah Ikan Lampam dan Patin Sungai. Spesis krustasia seperti Udang Galah turut dipulihara di sini. Sebanyak 10,000 Ikan Lampan, 20,000 Patin Sungai dan 50,000 Udang Galah telah dilepaskan di santuari ini. Makanan untuk spesis ikan dan udang yang dipulihara ini ditanggung oleh persatuan PENJARING.

Penubuhan Santuari Ikan Tasik Raban turut mendapat sokongan dari Majlis Daerah Lenggong, Perak yang melihat santuari ini sebagai kawasan berpotensi untuk pelancongan dan akan menjadikannya sebagai tapak Taman Eko-pelancongan. Majlis turut menyumbang dengan melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan seluas hampir 50 ekar (kawasan santuari dan sekitarnya) dan menyediakan pondok rehat di sini.

Persatuan PENJARING sedang giat berusaha melakukan aktiviti konservasi di santuari ini. Mereka juga dalam proses untuk memohon bantuan Bot bagi tujuan membawa Pelancong meneroka kawasan sekitar Tasik Raban. Diharapkan dengan penubuhan santuari ini, nelayan tempatan dapat meningkatkan pendapatan menerusi aktiviti eco-pelancongan yang akan dilaksanakan kelak. Pengunjung akan dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti memberi makan ikan, menaiki bot rekreasi, berkayak dan mengikuti aktiviti flying fox apabila santuari ini beroperasi sepenuhnya nanti.

Galeri Foto

Santuari Ikan Arowana Bukit Merah

Santuari Ikan Arowana Bukit Merah

Santuari Ikan Tasik Raban

Santuari Ikan Tasik Raban

Informasi

SANTUARI IKAN AROWANA
Tasik Bukit Merah,
Kampung Tepi Kolam,
Bukit Merah,
34500 Semanggol, Perak

+6010-893 9847
MOHD FADZIL B DIN

SANTUARI IKAN TASIK RABAN
Pejabat Perikanan Negeri Perak,
Tingkat 8, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30682 Ipoh, Perak

+605-255 4061/62
MUHAMMAD AZLAN B ZUL HASNAN

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow