Terdapat satu santuari di negeri Perlis pada masa ini iaitu Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh yang terletak di Padang Besar, Kangar, Perlis.
- Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh merupakan hasil inisiatif komuniti nelayan darat Timah Tasoh bagi merancakkan sektor pelancongan di Negeri Perlis.
- Kawasan santuari adalah milik Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Perlis.
- Santuari ini di bawah seliaan Pejabat Perikanan Negeri Perlis
- Santuari ini telah dirasmikan oleh Y.B. Tuan Ahmad Bakri Bin Dato’ Ali, Exco Pertanian Negeri Perlis pada 4 Mei 2017.
- Santuari ini terletak di Empangan Timah Tasoh kira-kira 16 km dari Kangar, Perlis.
- Keluasan kawasan santuari adalah kira-kira 3 ekar.
- Merupakan tempat tumpuan nelayan darat di negeri Perlis iaitu seramai 30 orang nelayan darat tulen dan 18 orang nelayan darat sambilan. 19 orang daripada nelayan darat tulen merupakan penerima Elaun Sara Hidup Nelayan Darat ( ESHND).