SANTUARI DI SELANGOR

Home / LOKASI / SANTUARI / SANTUARI DI SELANGOR

Terdapat satu santuari di negeri Selangor iaitu Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu.

Santuari Ikan Sungai Chiling (SISC) mula ditubuhkan pada 2005 dan diluuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada Januari 2006. Ia merupakan kawasan perlindungan bagi spesis Ikan ​​Kelah (Tor Tambroides) dan Tengas (Neolissochilus Soroides) yang ditubuhkan oleh Pejabat Perikanan Negeri Selangor pada tahun 2005 dan diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2006. SISC ini berada di dalam kawasan Hutan Simpan Kekal Hulu Selangor namun diuruskan oleh Pejabat Perikanan Negeri Selangor.

Matlamat utama penubuhan SISC adalah bagi memulihara dan memelihara ikan kelah daripada diancam kepupusan. Pelbagai program kesedaran dan penghayatan alam sekitar telah dilaksanakan di SISC yang dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan, swasta, NGO dan pelajar sekolah. SISC juga menerima sumbangan pembiayaan penyelenggaraan dan menaiktaraf kemudahan awam daripada pihak swasta, Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat MOTAC Negeri Selangor. dengan kemasukan pengunjung melebihi 40 ribu orang setahun, kini SISC telah disenaraikan sebagai salah satu tempat tarikan utama di negeri Selangor.

Aktiviti yang sering dilakukan di SISC adalah mendaki, mandi di air terjun dan bermain dengan ikan tengas, kelah, menikmati keindahan alam sekitar dan beriadah bersama ahli keluarga. Namun terdapat juga organisasi yang menjalankan aktiviti riadah dan penghayatan alam sekitar bagi kumpulan kecil. Selain itu, Kem Alam Sekitar dan Program Pelepasan Benih Ikan Kelah serta Ekspedisi Alam Semulajadi SISC merupakan acara tahunan sempena Sambutan Hari Sungai Sedunia.

Kemudahan yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti Wakaf, Surau, Tandas, Tapak Perkhemahan dan Bilik Persalinan serta Lot Parkir Kenderaan.

Galeri Foto

Santuari Ikan Sungai Chiling

Santuari Ikan Sungai Chiling

Informasi

SANTUARI IKAN SUNGAI CHILING
Pejabat Jabatan Perikanan Daerah Hulu Selangor,
44000 Kuala Kubu Baru,
Selangor Darul Ehsan

+603-6064 1214
ABDUL AZIIM B MAT YUSOF

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow