TAMAN LAUT KEDAH

Home / LOKASI / TAMAN LAUT / TAMAN LAUT KEDAH
Pulau
Bilangan pulau yang digazetkan
Km²
Keluasan pulau
RM Juta
Jumlah Nilai Ekonomi bagi tahun 2011
Pelancong
Jumlah pelancong pada tahun 2019

Taman Laut Kedah atau dikenali sebagai Taman Laut Pulau Payar mengandungi empat buah pulau iaitu Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang. Ia terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pulau-pulau ini digazetkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).

Pulau Payar adalah pulau yang terbesar, dengan keluasan 31.2 hektar dan panjangnya kira-kira 1.75km serta lebar lebih kurang 500 meter. Ia menaik ke 80-90 meter melebihi paras laut di kawasan paling tinggi. Pesisir pantai pulau ini lebih kurang 3.35 km dengan pantai yang sangat terhad dan tanah rata tanpa sumber air tawar. Terdapat empat pantai berpasir di sebelah timur pulau ini. Pantai di sepanjang timur barat dipenuhi batuan dan dicirikan oleh cenuram yang curam dan juga saluran yang terbentuk oleh ombak. Dua pantai yang terpanjang (lebih kurang 100 meter) terletak di hadapan pusat maklumat taman laut dan pelantar pelancong komersil. Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat.

Pulau Kaca terletak di timur laut Pulau Payar. Pulau dengan keluasan 1.8 hektar ini adalah gabungan bongkah-bongkah batu dengan litupan tumbuhan yang jarang-jarang. Ia mencapai ketinggian kira-kira 10m melebihi paras laut.

Pulau Lembu terletak ke timur Pulau Kaca dan kira-kira 0.75nm ke timur laut Pulau Payar. Panjangnya adalah 0.75km dan mempunyai keluasan 6.9 hektar. Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat dan naik mendadak dari pantai ke ketinggian lebih kurang 70 meter. Terdapat satu pantai kecil di sebelah timur pulau.

Pulau Segantang terletak lebih kurang 6.7nm ke barat daya Pulau Payar dan terdiri daripada dua lapisan tanah berbatu yang bertemu di dasar laut. Lapisan tanah yang lebih besar adalah lebih kurang 200m panjang dan kira-kira 50m lebar, sementara lapisan tanah yang lebih kecil adalah lebih kurang 50m panjang dan 40m lebar. Tumbuhan yang bertaburan, terutamanya rumput boleh dijumpai di kedua-dua lapisan tanah.

Iklim di pulau-pulau ini biasanya panas dan lembap di sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim hujan bermula semasa monsun barat daya dalam bulan Mei dan memuncak dalam bulan Oktober dengan purata hujan bulanan tertinggi. Musim kemarau boleh dilihat pada bulan Januari dan Februari di mana Januari merupakan bulan paling kering dengan min taburan hujan paling sedikit.

Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat atau di dasar laut bagi sesiapa yang berminat. Terdapat banyak denai pejalan kaki khas, dan pemandangan yang boleh dilihat termasuklah keluang endemik, biawak dan shore pit viper, memerhatikan burung dari 21 spesies burung liar seperti lang siput, crested serpent eagle dan pergam.

Di Pulau Payar, terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pusat ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan.

Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk carta, poster, peta, risalah, tayangan slaid/video untuk meningkatkan penghayatan anda terhadap persekitaran marin dan pulau.

Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempersonakan. Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.

Selam skuba dan snorkel adalah aktiviti utama bagi kebanyakan pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar.

Salah satu perkara yang paling menarik untuk dilakukan adalah melihat mamalia marin dan ikan di mana Taman Laut Pulau Payar adalah sebahagian laluan migrasi bagi ikan dan mamalia marin yang mengagumkan. Haiwan menakjubkan seperti sailfish, ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu paus boleh ditemui oleh penyelam dan pengunjung yang bernasib baik semasa musim panas di sekitar Oktober hingga Februari.

Melalui Laut

Terdapat tiga pintu masuk utama ke Taman Laut Payar. Laluan paling hampir adalah dari Kuala Kedah. Terdapat juga ejen-ejen pelancongan dan hotel-hotel di Pulau Langkawi yang menyediakan perkhidmatan bot sewa dan feri untuk melawat Taman dan juga untuk sesiapa yang berminat melakukan aktiviti selam skuba. Perjalanan menggunakan bot mengambil masa 30 minit dari Kuala Kedah, dan dari Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perkhidmatan feri juga boleh didapati dari Pulau Pinang dan pengunjung akan sampai ke Pulau Payar dalam masa kira-kira dua jam. Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi dan Pulau Pinang boleh didapati setiap hari.

Senarai Pengusaha Bot Taman Laut Kedah

Bil.Nama SyarikatNama BotAlamatNo. TelefonNo. FaksMobileEmelLokasi Pangkalan
1Ekomegah Holiday Sdn BhdCoral Island 1Kuah, Langkawi04-966 136804-966 1368Kuah, Langkawi
2Langkawi Ferry Services Sdn BhdAlaf BaruNo. 37-39, Jln Pandak Mayah 5, Langkawi04-966 631604-966 7190Kuah, Langkawi
3East Marine Travel & Tour Sdn BhdSaga ExpressRoyal Yatch Club, Kuah, Langkawi04-966 3966 04-899 6068Marina Langkawi Yatch Club
4Langkawi CoralLangkawi Coral 264, Jln Tanjong Tokong, Georgetown04-960 896804-899 6068Swetheham
5Langkawi Saga Travel & Tour Sdn BhdLangkawi SagaLot 9/11,Tkt 2, Kompleks Cayman, Kuah, Langkawi04-966 914004-966 9139Kuah, Langkawi
6Naam Sdn BhdNaam Cruise Sdn BhdFF 2, Tingkat Atas Jeti Kompleks Pelancongan, Kuah04-963 9200019-478 4914sales@naam.bz
6Sufay Travel55, Jln Waja 5, Taman Sri Menanti, Kota Star04-714 338504-714 5384Ampang Jajar, Jeragan
7Iskandari Dive Centre Sdn BhdIskandari Dive CentreNorthen Air Services Sdn Bhd, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim04-710 110004-714 5051
8Tioman Mydive Centre Sdn BhdTioman Mydive Centre Sdn Bhd101-1 Jalan LP 7/2, Tmn Lestari Perdana, Bandar Putra Permai03-8082 5278012-221 0788
10MYDCMYDCKampung Kelunchur, Mk Kubang Rotan 019-501 0797 / 019-514 8858

Senarai Pengusaha Selam Skuba Taman Laut Kedah

Bil.Nama OperatorNo. TelefonNo. FaksMobileEmel
1ProdiveLot 974, Pantai Cenang, Langkawi04-955 3739 04-955 3475
2East Marine Water SportRoyal Yatch Club, Kuah, Langkawi 04-966 3966 04-966 3966
3East Marine Holiday Sdn Bhd04-966 3966 019-409 3966info@eastmarine.com.my
4Iskandari Dive CentreLapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar013-713 0465admin.iskandari@oraclevista.my
5Tioman My Dive Centre Sdn Bhd101-1, Jalan LP 7/2, Taman Lestari Perdana, Bandar Putra Permai 03-8082 5278012-221 0788ewanadaza@gmail.com
6Naam Sdn BhdFF 2, Tingkat Atas Jeti Kompleks Pelancongan, Kuah04-963 9200019-478 4914sales@naam.bz
7Ekomegah Holidays Sdn BhdNo 68-78, Persiaran Bunga Raya, Langkawi04-966 5989016-889 3036 ekolgk@gmail.com
8Langkawi Saga Travel & Tours Sdn BhdLot 9-11, Tkt 2, Kompleks Cayman, Kuah, Langkawi04-966 7188012-319 8893francislee.lgk@langkawicoral.com

Galeri Foto

Taman Laut Kedah

Informasi

CAWANGAN TAMAN LAUT & PENGURUSAN SUMBER NEGERI KEDAH
Jabatan Perikanan Negeri Kedah,
Tingkat 1, Wisma Persekutuan Alor Setar,
Jalan Kampung Baru,
05000 Alor Setar, Kedah

+604-733 9086
+604-735 5323
SITI SHUHADA BINTI AZAHARI

PUSAT TAMAN LAUT PULAU PAYAR
D/A Tingkat 9, Wisma Persekutuan Alor Setar,
Jalan Kampung Baru,
05000 Alor Setar, Kedah

+604-733 9086
+604-735 5323
SITI SHUHADA BINTI AZAHARI

TIPS BERGUNA

Tiada kedai makanan/minuman atau penginapan di Pulau Payar kerana kawasan ini adalah dilindungi oleh Bahagian Taman Laut & Pengurusan Sumber. Oleh itu, pastikan anda telah merancang makan/minum dan aktiviti rekreasi dengan agensi pelancongan. Anda juga dinasihatkan untuk membawa air mineral sendiri. Jaga kebersihan pantai dan patuhi arahan yang ditetapkan.

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

5 taman laut di 4 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow