TAMAN LAUT MELAKA

Home / LOKASI / TAMAN LAUT / TAMAN LAUT MELAKA
Pulau
Bilangan pulau yang digazetkan
Km²
Keluasan pulau
RM Juta
Jumlah Nilai Ekonomi bagi tahun 2012
Pelancong
Jumlah pelancong pada tahun 2019

Taman Laut Melaka terdiri daripada 3 buah Pulau. Iaitu Pulau Undan, Pulau Dodol dan Pulau Nangka. Pulau Undan terletak di Selat Melaka, kira-kira 5 kilometer dari Jeti Pernu/Umbai, Melaka. Jarak yang dekat dengan daratan ini membolehkan perjalanan dilakukan ke Pulau ini hanya 20 minit saja dari jeti tersebut.

Berhampiran Pulau Undan, terdapat Pulau Dodol dan Pulau Nangka yang juga telah diisytiharkan Taman Laut Malaysia.

Pulau Undan, Pulau ini terkenal sebagai destinasi pelancongan marin yang menarik di Melaka kerana keindahan alam semula jadi dan sejarah yang menarik.

Selain itu, di Pulau Undan juga terdapat sebuah rumah api yang bersejarah. Rumah api ini dibina pada tahun 1880-an oleh kerajaan Belanda dan masih beroperasi sehingga kini. Dari puncak rumah api, anda boleh menikmati pemandangan indah Pulau Undan dan Selat Melaka.

Pulau Nangka adalah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran Pulau Undan. Pulau ini terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, dengan pantai yang bersih dan air laut yang jernih. Anda boleh melakukan aktiviti seperti berenang, snorkeling, atau sekadar menikmati pemandangan indah di pulau ini.

Manakala Pulau Dodol pula merupakan sebuah pulau yang terletak kira-kira 4 km dari Pantai Klebang, Melaka. Pulau ini juga mempunyai pantai yang cantik dan sesuai untuk aktiviti riadah seperti berenang, berjemur, atau sekadar bersantai di tepi pantai. Anda juga boleh meneroka pulau dengan menyewa bot dan menikmati pemandangan laut yang menakjubkan.

Pulau Undan mempunyai Jeti dan rumah api berbanding dengan Pulau Nangka dan Pulau Dodol.

Oleh kerana Jarak Taman-taman Laut Melaka yang dekat dengan daratan ini membolehkan perjalanan dilakukan ke Pulau ini hanya 20 minit iaitu jika pergi pagi, petang sudah boleh balik. Tiada keperluan Penginapan disediakan.

Perairan di sekeliling pulau ini adalah amat sesuai untuk snorkel dan selam skuba. Aktiviti lain yang dibuat disini ialah seperti pembiakan karang, pemulihan terumbu karang, pembersihan taman laut, dan pembersihan pukat hantu yang melekat pada terumbu karang. Semuanya berkaitan dengan usaha untuk memelihara ekosistem terumbu karang dan amat penting untuk mengekalkan kelestarian ekosistem terumbu karang dan memastikan terumbu karang kekal sihat dan produktif untuk hidupan marin dan manusia.

Untuk ke Pulau Undan dari Melaka, berikut adalah panduan yang boleh anda ikuti:

Jika anda dari Jalan Tun Fatimah di Bandar Hilir, Melaka. Teruskan ke selatan dan ikut papan tanda menuju ke Jeti Muara Sungai Duyong. Di jeti, cari bot menuju ke Pulau Undan. biasanya terdapat beberapa pengendali bot yang menawarkan perjalanan ke Pulau Undan dari sini. Sebelum membeli tiket, pastikan anda mengetahui jadual berlepas bot dan harga tiket yang dikenakan. Selepas membeli tiket, naik bot dan nikmati perjalanan anda ke Pulau Undan. Perjalanan ini akan mengambil masa sekitar 20-30 minit bergantung kepada keadaan cuaca.

Setibanya di Pulau Undan, anda boleh menikmati suasana pantai dan melihat pemandangan laut yang indah

Maklumat sedang dikemaskini.

Galeri Foto

Taman Laut Melaka

Taman Laut Melaka

Informasi

CAWANGAN TAMAN LAUT & PENGURUSAN SUMBER MELAKA
Sedang dikemaskini.

-
-
-

TIPS BERGUNA

Sedang dikemaskini.

Media Sosial

Lokasi

Lihat Juga

Taman Laut
Taman Laut

6 taman laut di 5 negeri & 1 wilayah persekutuan

Pusat Penyu
Pusat Penyu

6 buah Pusat Konservasi dan 1 Ruang Pameran

Santuari
Santuari

12 pusat santuari di 7 buah negeri

previous arrowprevious arrow
next arrownext arrow