Pulau Tioman adalah pulau terbesar di dalam gugusan 9 buah pulau-pulau (Pulau Tioman, Pulau Tulai, Pulau Labas, Pulau Sepoi, Pulau Seri Buat, Pulau Tokong Bahara, Pulau Gut, Pulau Cebeh dan Pulau Sembilang) yang membentuk Taman Laut Pahang atau dikenali juga sebagai Taman Laut Tioman. Ia terletak lebih kurang 32 batu nautika ke arah timur dari Tanjung Gemuk, Pahang.
Gugusan pulau ini dan perairan di sekitarnya digazet sebagai Taman Laut pada 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).Terdapat lima pulau lain, iaitu Pulau Renggis, Pulau Tumok, Pulau Soyak, Pulau Tasu dan Pulau Raja, turut termasuk dalam sempadan taman ini.
Pulau Tioman berukuran lebih kurang 19 km panjang dan 11 km lebar. Pulau ini mempunyai pesisir pantai lebih kurang 69 km, di mana 29 km (42%) merupakan pantai berpasir manakala 58% lagi terdiri daripada cenuram dan tanjung tinggi yang berbatu. Sebahagian besar pantai berpasir boleh ditemui di pesisir pantai barat, khususnya di antara Tanjung Berhala dan Tanjung Mesoh. Pantai kecil juga boleh ditemui di Kg Juara dan Kg Mukut, di bahagian timur dan selatan pulau.
Pulau ini didominasi oleh bongkah granit yang meninggikan struktur batuan seperti batu-batu granit yang terdedah dengan satu lapisan tanah yang nipis. Bongkah batu yang terdedah boleh ditemui di pesisir pantai di Kampung Paya, Batu Sirau (747m), Nenek Si Mukut (685m) dan beberapa tempat di sepanjang denai ke puncak Gunung Kajang dengan ketinggian 1,030 meter.
Iklim gugusan pulau ini adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim monsun adalah di antara November hingga Mac. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar dihubungi dengan bot.
Aktiviti ekonomi utama di pulau ini ialah pelancongan. Pembangunan pelancongan adalah bertumpu di bahagian barat Pulau Tioman, dari Kg Air Batang di selatan sehingga ke Kg Tekek/Tanjung Said dan Tanjung Permata.
Pulau Tioman berkepadatan sederhana, dengan sekurang-kurangnya 9 buah kampung dan lebih kurang 3,000 penduduk yang menetap dan bekerja di pulau, biasanya sebagai nelayan, pekerja resort dan lain-lain. Pada kemuncak musim kedatangan pelancong, jumlah pelawat biasanya melebihi jumlah penduduk.
Ketika berada di kawasan taman, silalah berkunjung ke Pusat Taman Laut dan kami akan membantu dalam memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan. Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah untuk menambah keseronokan dan penghayatan anda terhadap biodiversiti marin dan pulau.
Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.
Untuk mengelakkan kerosakan batu karang, kapal-kapal atau feri hanya dibenarkan berlabuh di kawasan-kawasan tertentu sahaja. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam.
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat dan di dasar laut yang bersesuaian. Terdapat beberapa denai yang direka khas dan pemandangan yang boleh dilihat termasuklah biawak, kera, helang, penyu dan pelanduk. Penyu hijau (Chelonia mydas) juga bersarang berdekatan Kampung Nipah dan Pulau Tulai. Aktiviti lain termasuklah rock climbing, meluncur air dan menyelam. Selam skuba dan snorkel adalah aktiviti yang paling popular.
Melalui Udara
Terdapat satu lapangan terbang kecil di Pulau Tioman. Berjaya Air berlepas dua kali sehari ke pulau dari Kuala Lumpur dan Singapura.
Jalan Darat dan Laut
Laluan masuk utama ke Taman Laut Tioman adalah dari Tanjung Gemuk (Pahang) dan Mersing (Johor). Terdapat perkhidmatan feri berjadual (2 ½ jam perjalanan) dari jeti Tanjung Gemuk atau Mersing ke Pulau Tioman setiap hari. Terdapat juga perkhidmatan bas ekspress dari pekan dan bandar utama ke kedua-dua persinggahan ini. Laluan utama adalah seperti berikut:
- Dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing ( 5 ½ jam perjalanan).
- Dari Singapura ke Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing ( 2 ½ jam perjalanan).
Senarai Pengusaha Selam Skuba Taman Laut Pahang
Bil. | Nama Operator | Alamat | No. Telefon | No. Faks | Mobile | Emel |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Minang Cove | Kg. Mukut | 07- 799 7372 | sales@minangcove.com.my | ||
2 | Tunamaya Resort & Spa | Kg. Mukut | 07-766 8886 / 8887 / 8888 | info.tbsr@careluxuryhotels.com | ||
3 | The Scuba Shop Sdn Bhd | Kg. Genting | ||||
4 | Bayu Tioman Chalet | Kg. Genting | 09-419 7039 | gentingbayu@yahoo.com | ||
5 | Tioman Dive Buddy | Kg. Genting | 09-419 7000 | tiomandivebuddy@gmail.com | ||
6 | Island Message Dive Centre | Kg. Genting | 012-297 3963 | inquiry@islandmessagedivecentre.com | ||
7 | Elite Tioman Dive Centre | Kg. Genting | 017-373 2258 | elilte.tioman.dive.centre@hotmail.com | ||
8 | Sorte Met Stell Scuba | Kg. Genting | 012-214 1979 | sortemetstella@gmail.com | ||
9 | Paya Beach Resort | Kg. Paya | 1 800 818 848 | sales@payabeach.com | ||
10 | Sea Lantis Dive Centre Sdn Bhd | Kg. Paya | 012-284 4622 | sales@sealantis.com | ||
11 | U Dive Sdn Bhd | Kg. Paya | 012-245 9883 | info@udive.com.my | ||
12 | Burger Dive Team | Kg. Paya | 012-717 0695 | burgerdiveteam@gmail.com | ||
13 | Aman Tioman Beach Resort Sdn Bhd | Kg. Paya | 09-419 7788 | 012-772 9880 | sales@amantioman.com | |
14 | DE Dive Centre | Kg. Paya | 019-606 3482 | info@dedivecentre.com | ||
15 | Tioman Reef Divers | Kg. Tekek | 09-419 1342 | tiomanreefdivers@yahoo.com | ||
16 | Abect Aqua Dive | Kg. Tekek | 012-703 9878 | info@abectaquadive.net | ||
17 | Berjaya Tioman Resort | Kg. Tekek | 09-419 1000 | tioman.rsvn@berjayahotel.com | ||
18 | Tioman Dive Center | Kg. Tekek | 09-419 1228 | enquiries@tioman-dive-centre.com | ||
19 | Go Deeper Tioman Chalet | Kg. Tekek | 03-9082 1560 | info@godeeperchalets.com | ||
20 | J&E Advanced Training Centre | Kg. Tekek | ||||
21 | Freedive Tioman Sdn Bhd | Kg. Tekek | 017-609 6702 | info@freedivetioman.com | ||
22 | Blue Bubbles Scuba Training Centre Sdn Bhd | Kg. Tekek | 09-419 1121 | 019-311 0948 | bluebubbles.scuba@yahoo.com | |
23 | Barat Tioman | Kg. Juara | 09-419 3288 | 010-252 6888 | barattioman@gmail.com | |
24 | Tiongman Scuba Cafe' | Kg. Juara | 013-381 8311 | tiongmanscuba@yahoo.com | ||
25 | Ray's Dive Adventure | Kg. Juara | 013-522 3450 | raysdive@gmail.com | ||
26 | Eco Divers Ocean Expedition | Kg. Air Batang | 03-4106 0228 | |||
27 | B&J Diving Centre Sdn Bhd | Kg. Air Batang | 09-419 1218 | info@divetioman.com | ||
28 | Blue Heaven Serve Sdn Bhd | Kg. Air Batang | 09-4191 142 | tioman@blueheavendivers.com | ||
29 | Moby Tek Dive Centre | Kg. Air Batang | 012-774 8269 | info@moby-tek.com | ||
30 | Marine Monkees Tioman | Kg. Salang | 09-419 5111 | info@marinemonkees.com.my | ||
31 | Azmi Dive Resources | Kg. Salang | 013-792 3756 | |||
32 | Scuba-Naut Dive Centre | Kg. Salang | 013-766 4363 | |||
33 | Salang Bay Divers | Kg. Salang | 019-355 5499 |