REFUGIA

Home / PROJEK / REFUGIA

Projek Establishment and Operation of a Regional System of Fisheries Refugia in the South China Sea and Gulf of Thailand merupakan satu inisiatif daripada United Nations Environment Programme (UN Environment) dan Global Environment Facility (GEF) melalui SEAFDEC bagi mengurus dan memulihara spesies dan habitat marin yang penting di rantau Asia Tenggara. Fisheries Refugia ditakrifkan sebagai “spatially and geographically defined, marine or coastal areas in which specific management measures are applied to sustain important species [fisheries resources] during critical stages of their life cycle, for their sustainable use” (UNEP, 2005).

Projek ini dibiayai oleh GEF dan dilaksanakan oleh UN Environment melalui kerjasama serantau oleh SEAFDEC serta enam buah negara yang lain iaitu Cambodia, Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand dan Vietnam.

Projek ini telah bermula pada tahun 2017 dan akan berakhir pada 2021. Ia dibiayai oleh pihak SEAFDEC/UN Environment/GEF dan komitmen co-financing daripada negara-negara ahli. Peruntukan keseluruhan sebanyak USD3.0 juta telah diluluskan oleh pihak SEAFDEC/UN Environment/GEF pada Januari 2016 untuk diagihkan kepada negara-negara yang telah menyertai projek ini. Malaysia dijangka akan memperolehi peruntukan sebanyak USD250,000 (RM1.0 juta) untuk tempoh empat tahun. Malaysia menyokong pelaksanaan projek ini di peringkat nasional dalam bentuk sumbangan co-financing melalui peruntukan sedia ada Jabatan Perikanan Malaysia.

Penyertaan Malaysia dalam Projek Refugia SEAFDEC/UN Environment/GEF sejak tahun 2013 adalah sebagai komitmen negara dalam menyokong usaha-usaha di peringkat serantau bagi memastikan sumber perikanan diurus secara mampan. Sebanyak dua (2) kawasan telah dipilih sebagai tapak refugia di Malaysia iaitu Tanjung Leman, Johor bagi spesies Udang Kara dan Kuala Baram, Sarawak bagi spesies Udang Harimau. Projek ini melibatkan beberapa komponen seperti penubuhan jawatankuasa di peringkat nasional, penyelidikan saintifik, konsultasi dengan pihak yang berkepentingan, program pendidikan dan sebagainya.

Induk Udang Harimau

Kajian Juvenile

Kajian melibatkan 4 sungai yang berhampiran Kuala Baram iaitu Sungai Pasu, Sungai Lutong, Sungai Sibuti dan Sungai Bakam. Sg. Bakam adalah sungai yang terbaharu di cadangkan untuk meninjau kehadiran juvenile. Kajian kedapatan juvenile Udang Harimau di Sungai Lutong dijalankan pada bulan Jun dan Ogos 2020.

Kajian kepelbagaian di Sungai Pasu

  • Kajian dijalankan pada bulan Mac 2019 hingga Ogos 2019, November 2019 dan Mac 2020
  • Didapati 37 spesis dari 24 family ikan/udang terdapat di 8 lokasi kajian di Sungai Pasu,
    • untuk ikan, 3 ikan dominan adalah Kurtus indicus (31.19%), Coilia boerneensis (15.49 %) dan Arothron stellatus (4.32 %),
    • manakala untuk udang, Fenneropenaeus merguensis paling tinggi 10.64 %, F. indicus, 8.96 % Penaeus monodon, 3.79 %
  • Indeks kepelbagaian menunjukkan pada Mac 2020 mencatat nilai tertinggi (20 spesis) dan pada Ogos 2019 terendah (8 spesis)
  • Indeks kepelbagaian Shannon-Weiner, Simpson, Pielou dan Margalef , pada Mac 2019 tertinggi 2.54, 0.90, 0.86 dan 3.73 Ogos 2019 terendah 1.28, 0.6, 0.62 dan 1.75
Induk Udang Kara

Kajian cadangan tapak Refugia Udang Kara bertempat di 20 batu nautika dari Tanjung Leman. Ia dijalankan pada bulan Ogos 2017. Kajian bertujuan untuki melihat potensi kawasan Udang Kara bermigrasi dan bertelur. Aktiviti kajian ini merangkumi:

  • Mengumpul maklumat pendaratan Udang Kara di jeti nelayan
  • Kajian larva Udang Kara di  lautan
  • Kajian tinjauan ke atas Udang Kara di bawah air

Galeri Foto

Refugia

Infografik