Santuari atau kawasan perlindungan/konservasi merupakan ruang yang ditentukan sempadan geografi dengan jelas, diperakui, didedikasikan dan dikelola dari segi undang-undang mahupun kaedah lain yang efektif, untuk mencapai tujuan pelestarian alam jangka panjang, lengkap dengan fungsi-fungsi ekosistem dan nilai-nilai budaya yang terkait.
Merujuk kepada IUCN, santuari perikanan darat adalah di bawah senarai yang ke-iv iaitu Kawasan Pengurusan Habitat/Spesies (Habitat/Species Management Area) iaitu kawasan daratan atau lautan yang diintervensi atau dikelola secara aktif untuk memelihara fungsi-fungsi habitat atau untuk memenuhi keperluan spesies tertentu.
- Perlis – Santuari ikan Air Tawar Timah Tasoh, Padang Besar
- Perak –
- Santuari Tasik Raban
- Santuari Ikan Arowana Bukit Merah
- Selangor – Santuari Ikan Sungai Chiling, Hulu Selangor
- Johor – Zon Konservasi Ikan, Taman Eko Rimba Gunung Berlumut, Kluang
- Pahang –
- Santuari Perikanan Kampung Kuala Serau, Lipis
- Santuari Perikanan Kampung Kuala Sat, Jerantut
- Santuari Perikanan Kampung Lubuk Kulit, Lipis
- Terengganu –
- Taman Pelancongan Konservasi Kelah Kg. Pelong, Setiu
- Taman Biodiversiti Perikanan Sungai Loh, Dungun
- Santuari Kelah Sungai Petang, Hulu Terengganu
- Kelantan –
- Santuari Ikan Jeram Mengaji, Pasir Puteh
Tujuan utama santuari ini diwujudkan adalah untuk menyediakan satu kawasan perlindungan kepada spesies ikan seperti kelah dan tengas yang semakin berkurangan pada masa kini. Santuari ini berperanan sebagai habitat dan tempat pembiakan semulajadi kepada spesies ikan-ikan ini melalui limpahan pelbagai spesies dan saiz ikan di sepanjang sungai. Kewujudan santuari ini juga merupakan satu usaha sama dengan agensi-agensi lain seperti Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan dan lain-lain.
- Aktiviti menangkap atau memancing ikan
- Membawa apa-apa jenis peralatan menangkap atau memancing ikan
- Membuang sampah merata-rata