MENGENAI KAMI

Home / MENGENAI KAMI
Siapa Kami?

Kami merupakan sebuah Bahagian di bawah Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

  • Pengurusan Taman Laut dan Perlindungan Marin
  • Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS)
  • Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti
  • Kolaborasi, Pendidikan dan Logistik
 

Teras

Bagi memastikan pengurusan taman laut dan konservasi kekal relevan dan selaras dengan aspirasi Jabatan serta obligasi negara di persidangan antarabangsa, 4 Teras Strategik dicadangkan bagi tempoh 2021-2030.

Teras Strategik kami adalah:
Teras 1
Memperkukuh tadbir urus dan mengembangkan kawasan perlindungan ekosistem akuatik marin dan darat.

Teras 2
Konservasi dan rehabilitasi sumber akuatik secara efektif dan dinamik.

Teras 3
Pemerkasaan dan peningkatan kapasiti.

Teras 4
Pemantapan sokongan terhadap usaha konservasi.

 

Visi & Misi

Visi kami adalah:
Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing.

Misi kami pula adalah:
Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.

Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.

Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.

 

Piagam Pelanggan

Bagi memastikan pencapaian perkhidmatan yang bermutu tinggi dan cekap, piagam pelanggan berikut telah ditetapkan:

Memberi keputusan permohonan permit kajian di dalam kawasan Taman Laut dalam tempoh 21 hari bekerja.

Memberi keputusan permohonan untuk menggunakan kemudahan dan kelengkapan di Taman Laut dalam tempoh 14 hari bekerja.

Memberi keputusan pengecualian caj pemuliharaan (remittance fee) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.