MENGENAI KAMI

Home / MENGENAI KAMI
Siapa Kami?

Kami merupakan sebuah Bahagian di bawah Jabatan Perikanan Malaysia, Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan yang bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:

  • Pengurusan Taman Laut dan Perlindungan Marin
  • Pemantauan, Kawalan dan Pengawasan (MCS)
  • Konservasi Ekosistem dan Biodiversiti
  • Kolaborasi, Pendidikan dan Logistik
 

Teras

Bagi memastikan pengurusan taman laut dan konservasi kekal relevan dan selaras dengan aspirasi Jabatan serta obligasi negara di persidangan antarabangsa, 4 Teras Strategik dicadangkan bagi tempoh 2021-2030.

Teras Strategik kami adalah:
Teras 1
Memperkukuh tadbir urus dan mengembangkan kawasan perlindungan ekosistem akuatik marin dan darat.

Teras 2
Konservasi dan rehabilitasi sumber akuatik secara efektif dan dinamik.

Teras 3
Pemerkasaan dan peningkatan kapasiti.

Teras 4
Pemantapan sokongan terhadap usaha konservasi.

 

Visi & Misi

Visi kami adalah:
Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing.

Misi kami pula adalah:
– Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.

– Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.

– Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.

 

Piagam Pelanggan

Bagi memastikan pencapaian perkhidmatan yang bermutu tinggi dan cekap, piagam pelanggan berikut telah ditetapkan:

– Memberi keputusan permohonan permit kajian di dalam kawasan Taman Laut dalam tempoh 21 hari bekerja.

– Memberi keputusan permohonan untuk menggunakan kemudahan dan kelengkapan di Taman Laut dalam tempoh 14 hari bekerja.

– Memberi keputusan pengecualian caj pemuliharaan (remittance fee) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.