42 buah pulau telah diwartakan sebagai Taman Laut dibawah Bahagian ix -Akta Perikanan Malaysia 1985. Ianya berperanan sebagai kawasan perlindungan marin terutamanya ekosistem marin terumbu karang. Kepentingan pemeliharaan sumber Perikanan menjadi agenda utama negara memastikan kelangsungan Jaminan makanan Kita. Taman Laut ini juga menjana ekonomi melalui aktiviti pelancongan dengan nilai estetika seperti aktiviti selaman, panorama dan budaya. Sayangi Taman Laut Kita seperti Pulau Tioman di Pahang. Pulau Tioman seperti permata Lautan Sedunia yang mengagumkan dari kepelbagaian biologi darat dan lautan.