Spesies ini boleh didapati di Sungai Pahang (Sungai Tembeling, Jelai, Tanum) dan Sungai Perak (di bahagian atas Kuala Kangsar), Sungai Endau serta Sungai Muar. Ikan ini bernilai komersial kerana isinya yang enak. Ia sesuai diternak serta cantik sebagai ikan peliharaan aquarium. Oleh Itu, demi kelestarian sumber Perikanan Darat, ekosistem sungai perlu dipelihara daripada ancaman pencemaran.