Hai…. sudah lama kita tidak ke pantai menikmati panorama indah. Seketika di pantai, sering kali kita terserempak dengan krustasia kecil yang merangkak seumpama ketam yang bercengkerang siput. Ianya adalah umang-umang. Krustasia kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Tabiat Umang-umang yang suka mendiamkan diri dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai “hermit crab”.