EAFM

Home / PROJEK / EAFM

EAFM adalah singkatan untuk Pengurusan Perikanan melalui Pendekatan Ekosistem (Ecosystem Approach to Fisheries Management). Ia adalah satu cara praktikal untuk melaksanakan prinsip pembangunan mampan bagi pengurusan perikanan dengan mencapat satu keseimbangan antara ekologi dan kesejahteraan sosial melalui tadbir urus yang baik.

Apakah ekosistem?
Ekosistem ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengandungi tumbuh-tumbuhan, haiwan (termasuk manusia), mikro organisma dan komponen bukan hidup dalam alam sekitar yang saling berinteraksi di antara satu sama lain.

Apakah pembangunan mampan?
Pembangunan yang memenuhi keperluan masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka sendiri.

Faedah EAFM adalah:

  • Membantu dalam penyediaan pelan pengurusan perikanan yang mampan.
  • Membantu memberi perlindungan kepada ekosistem marin.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi komuniti nelayan.
  • Menjamin kesejahteraan komuniti nelayan dan pihak berkepentingan.

Tonggak EAFM adalah Pembangunan Mampan yang mempunyai:

  • Kesejahteraan ekologi – Ekosistem marin, keadaan alam sekitar, jaringan/rantai makanan dan kawasan tadahan air
  • Kesejahteraan manusia (sosial & ekonomi) – Aktiviti manusia yang memberi kesan kepada ekosistem dan bergantung kepada perkhidmatan yang disediakan oleh ekosistem:
    • Perlindungan dan pemuliharaan habitat
    • Pengurangan pencemaran dan bahan buangan
    • Sumber perikanan yang mampan
    • pengagihan sumber yang sama rata
    • Kesejahteraan hidup
  • Tadbir urus yang baik – Cara yang berkesan untuk menyedia dan melaksanakan kaedah dan peraturan

Jabatan Perikanan adalah salah satu agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam pengurusan sumber perikanan. Namun begitu, Jabatan Perikanan memerlukan sokongan daripada semua pihak berkepentingan seperti Jabatan/Agensi Kerajaan, komuniti nelayan, NGOs, pemaju swasta, agensi pelancongan dan lain-lain bagi menjayakan EAFM.

Infografik