TUKUN TIRUAN

Home / PROJEK / TUKUN TIRUAN

Tukun merupakan suatu struktur binaan manusia yang diletakkan di dasar laut bertujuan untuk menambah kepadatan sumber marin.

Objektif utama pembinaan tukun adalah seperti berikut:

  • Meningkatkan produktiviti biologi dan sumber perikanan di kawasan persisiran pantai dengan cara :
    • Mewujudkan suatu ekosistem yang berfungsi sebagai satu santuari
    • Menyediakan kawasan pembiakan dan nurseri untuk ikan dan lain-lain hidupan marin
    • Memulih dan melindungi habitat marin yang musnah akibat aktiviti perikanan dan bencana alam

  • Mewujudkan benteng penahanan ombak/arus bagi mengawal hakisan pantai
  • Menghalang dan mengawal aktiviti tangkapan pukat tunda di persisiran pantai
  • Mewujukan kawasan agro-tourism untuk aktiviti perikanan rekreasi dan selaman SCUBA
  • Menjalankan kajian dan penyelidkan saintifik
  • Di Malaysia, tukun tiruan diperkenalkan oleh Tentera Udara DiRaja Australia yang berpangkalan di Butterworth pada tahun 1970-an. Mereka membina tukun tiruan menggunakan tayar terpakai dan dilabuhkan di Pulau Songsong untuk tujuan rekreasi.
  • Malaysia negara pertama di rantau Asia Tenggara yang membina tukun tiruan iaitu pada tahun 1975. Tapak tukun tiruan yang pertama dibina adalah di Pulau Telur, Kedah iaitu pada 6 Mei, 1975 dengan menggunakan 6,329 biji tayar. Kemudian pada 11 Oktober, 1975, satu tapak lagi diwujudkan berdekatan dengan Pulau Payar dengan menggunakan 5,229 biji tayar.
  • Program penyelidikan dan pembangunan tukun tiruan di Malaysia bermula pada tahun 1975 dengan menggunakan tayar-tayar terpakai. Selepas itu pelbagai rekabentuk tukun tiruan telah dicipta hasil buah fikiran para penyelidik dan kakitangan Jabatan Perikanan. Selain daripada tayar, tukun tiruan juga dibina daripada PVC, seramik, bot dan konkrit yang dilabuhkan dalam kawasan perairan kurang 5 batu nautika.
  • Mulai tahun 2006, Jabatan Perikanan telah membina tukun tiruan konkrit iaitu daripada campuran simen, pasir dan batu manakala tetulangnya daripada besi.
  • Pembinaan tukun tiruan di Malaysia menggunapakai piawaian yang ditetapkan di dalam garis panduan United Nation Environmental Program (UNEP) iaitu “Guidelines for the Placement of Artificial Reefs”.

Terdapat 2 konsep pembinaan tukun tiruan iaitu:

  • Tukun Tiruan Konservasi – bertujuan untuk pemuliharaan, bukan tangkapan.
  • Tukun Tiruan Rekreasi – bertujuan untuk tangkapan secara pancingan rekreasi yang terkawal.

Jenis Tukun Tiruan yang dibina oleh Jabatan adalah :-

  • Tukun Tetrapod
  • Tukun Udang Karang
  • Tukun Kiub
  • Tukun Kiub Juvenil
  • Tukun Kiub Bioaktif
  • Tukun Rekreasi
  • Tukun Rekreasi Juvenil
  • Tukun Dasar Lembut
  • Tukun Dasar Lembut Penghalang Pukat tunda
  • Tukun Dasar Lembut Juvenil
  • Tukun Keluli – inovasi baharu diperkenalkan pada tahun 2014.

Bilangan Tukun Mengikut Lokasi

Bil.Bahan BinaanKedahTerengganuPahangJohorLabuanJumlah Lokasi
1Konkrit566710391
2Konkrit paip100001
3Tayar8334018
4Paip seramik400004
5Bot kayu11274024
6PVC130105
7Seramik011013
8Biorock001001
9Mesin ATM001001
10Bot besi2702112
11Unjam020406
JUMLAH229420255166
  • Konsep ini dikenali sebagai ‘Rig to Reef’ yang mana pelantar minyak terpakai dilupuskan menjadi tukun tiruan dengan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan bagi memastikan ianya selamat untuk hidupan marin.
  • Di Telukan Mexico, USA, lebih 100 pelantar minyak terpakai telah dibangunkan menjadi tukun tiruan sejak 1980.
  • Di Brunei, sebanyak 7 pelantar minyak terpakai telah dibangunkan menjadi tukun tiruan sejak 1988.
  • Projek Rig-to-Reef pertama di Malaysia bermula apabila satu Perjanjian Persefahaman (MoU) diadakan antara PETRONAS dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak pada 2003.
  • Pada 2004, satu jawatankuasa telah dibentuk melibatkan dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak, PETRONAS, Lembaga Pelancongan Sarawak dan Shell bagi melaksanakan projek ini dimana Jabatan Perikanan Laut Sarawak sebagai pengerusi/moderator.
  • Pada 16 November 2004, pelantar minyak terpakai ini telah dilabuhkan di perairan Baram dan ia dinamakan Baram-8 (BA-8).
  • Pemantauan dijalankan oleh pihak penyelidik Jabatan mendapati tukun ini telah menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan dan menjadi suatu kawasan rekreasi perikanan yang menarik terutamanya bagi penyelam scuba.

Galeri Foto

Tukun Tiruan

Tukun Tiruan

Infografik