Ikan tebal sisik atau nama sainsnya Puntius binotatus boleh didapati di seluruh semenanjung terutamanya sebelah pantai barat Malaysia. Ia gemar mendiami anak-anak sungai yang mengalir perlahan. Ia boleh didapati di anak-anak sungai yang berhampiran dengan bukit. Ikan ini hampir pupus kerana habitatnya hampir musnah. Ia hidup dalam kumpulan kecil antara 10 hingga 15 ekor. Ikan ini tidak mempunyai nilai komersial kerana ianya bersaiz kecil dan banyak tulang. Pemeliharaan habitat terutamanya ekosistem sungai daripada ancaman pencemaran dan pemusnahan habitat ikan amat membimbangkan. Kita perlulah memastikan kelangsungan spesis ini agar tidak terancam dan hilang sebagai warisan biodiversiti kita.