Teras
Bagi memastikan pengurusan taman laut dan konservasi kekal relevan dan selaras dengan aspirasi Jabatan serta obligasi negara di persidangan antarabangsa, 4 Teras Strategik dicadangkan bagi tempoh 2021-2030.
Teras Strategik kami adalah:
Teras 1
Memperkukuh tadbir urus dan mengembangkan kawasan perlindungan ekosistem akuatik marin dan darat.
Teras 2
Konservasi dan rehabilitasi sumber akuatik secara efektif dan dinamik.
Teras 3
Pemerkasaan dan peningkatan kapasiti.
Teras 4
Pemantapan sokongan terhadap usaha konservasi.
Visi & Misi
Visi kami adalah:
Peneraju Transformasi Perikanan Mampan dan Berdaya Saing.
Misi kami pula adalah:
– Membangunkan industri perikanan yang dinamik berpandukan pasaran melalui pendekatan kreatif dan inovatif.
– Menguruskan sumber perikanan negara secara efisyen, inovatif dan mesra alam berasaskan maklumat saintifik dan tadbir urus yang rapi.
– Melonjakkan sistem penyampaian berteraskan modal insan yang berkemahiran, berpengetahuan dan profesional.
Piagam Pelanggan
Bagi memastikan pencapaian perkhidmatan yang bermutu tinggi dan cekap, piagam pelanggan berikut telah ditetapkan:
– Memberi keputusan permohonan permit kajian di dalam kawasan Taman Laut dalam tempoh 21 hari bekerja.
– Memberi keputusan permohonan untuk menggunakan kemudahan dan kelengkapan di Taman Laut dalam tempoh 14 hari bekerja.
– Memberi keputusan pengecualian caj pemuliharaan (remittance fee) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.