Home / World Sea Turtle Day

World Sea Turtle Day

Jun 15, 2021

Pada setiap tahun disambut sebagai ‘World Sea Turtle Day’. Usaha-usaha konservasi penyu ini giat dijalankan secara aktif melalui kerjasama pelbagai pihak oleh Jabatan Perikanan Malaysia. Aktiviti konservasi penyu ini dilengkapi dengan penyelidikan, penguatkuasaan, pendidikan serta pelbagai aktiviti bersama pihak berkepentingan. Untuk makluman bersama, Penyu telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu yang dipercayai sezaman dengan zaman dinasour. Ianya adalah haiwan vertebrata dalam kelas reptilia di bawah Order Chelonia yang tergolong bersama dengan ular, cicak, kura-kura, labi-labi dan tuntung. Penyu merupakan spesies yang hidup lama dan mengambil masa di antara 20 hingga 50 tahun untuk matang mengikut spesies. Kini penyu kita sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan. Oleh Itu bersamalah Kita menjaga habitat penyu di laut dan di darat (pantai penyu naik bertelur). Selamat Hari Penyu!