APA ITU TAMAN LAUT?
Taman Laut adalah satu kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua (2) batu nautika dari tikas air laut terendah, KECUALI Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang di zonkan sejauh satu (1) batu nautika dari tikas air surut terendah.
Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin. Segala aktiviti yang merosakkan terumbu karang dan ekosistem laut adalah dilarang dan salah di sisi undang-undang di bawah Akta Perikanan 1985.
Hari ini, perairan di 42 pulau-pulau di Malaysia telah digazetkan sebagai Taman-Taman Laut.
Mengekalkan sumber perikanan:
- Terumbu karang adalah kawasan penting untuk pembiakan, sumber makanan dan tempat tinggal bagi ikan-ikan komersil yang penting. Di Malaysia, 30% ikan yang ditangkap bergantung kepada terumbu batu karang. Dengan terpeliharanya terumbu karang secara tidak langsung membantu sektor perikanan, melindungi pekerjaan nelayan dan memastikan kesinambungan bekalan makan yang berterusan.
Mengekalkan kepelbagaian biologi:
- Terumbu karang adalah ekosistem marin yang paling kaya. Ancaman kepada terumbu karang memberi kesan serius kepada kepelbagaian biologi dunia.
Melindungi perairan kita:
- Ia berfungsi sebagai penahan hakisan pantai dari ombak. 70-90% tenaga ombak diserap atau dipesongkan apabila ia menghentam terumbu karang. Batu karang yang telah mati atau pecah akan menyuburkan pantai dan menggantikan pasir yang dihanyutkan oleh air laut.
Sumber ekopelancongan:
- Menjadi sumber tarikan kepada penyelam skuba dan snorkel bagi menerokai keindahan terumbu karang. Pengurusan dan pemantauan yang baik akan mengekalkan terumbu karang sebagi sumber ekopelancongan yang berkekalan.
Jaminan sumber bekalan makanan:
Sebagai jaminan sumber bekalan makanan dan kelestarian industri perikanan.
- Memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik, melindungi, memelihara serta mengurus tapak pembiakan semulajadi dan habitat hidupan akuatik dengan memberi perhatian utama kepada spesies flora dan fauna yang unik, sukar dijumpai atau terancam
- Memberi peluang dan meningkatkan kadar kemandirian hidupan akuatik yang hampir pupus
- Menggalakkan kajian dan penyelidikan saintifik
- Mengekal dan meningkatkan produktiviti dan keadaan semulajadi ekosistem tersebut
- Mengawalselia aktiviti rekreasi dan aktiviti-aktiviti lain untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan yang berterusan terhadap persekitaran marin
- Mengklasifikasikan Perairan Taman Laut kepada zon bagi tujuan seperti mana yang dinyatakan dalam para (1) hingga (5) di atas
AKTIVITI DILARANG
Taman Laut merupakan kawasan perlindungan marin di mana aktiviti yang boleh merosakkan terumbu karang dan ekosistemnya adalah dilarang sama sekali dan salah di bawah Akta Perikanan 1985. Aktiviti tersebut ialah:
- Mengambil, menangkap atau mengganggu mana-mana sumber marin sama ada hidup atau mati
- Menjalankan sebarang jenis aktiviti sukan air yang menggunakan bot kuasa tinggi
- Melabuhkan sauh di kawasan terumbu karang
- Memijak atau menyentuh batu karang
- Membuang atau meletakkan sebarang bahan pencemar
- Memiliki atau menggunakan sebarang alat menangkap ikan
- Membina sebarang struktur di kawasan perairan Taman Laut
- Menjalankan aktiviti menyelam atau snorkeling di kawasan laluan bot
- Memijak atau menyentuh batu karang
AKTIVITI DIBENARKAN
Semasa berada dalam kawasan Taman Laut, hanya aktiviti yang tidak merosakkan terumbu karang dan persekitarannya boleh dilakukan. Aktiviti tersebut ialah:
- Menyelam
- Snorkelling
- Fotografi dalam air
- Aktiviti rekreasi air seperti berkayak
Terumbu karang adalah:
- Sejenis organisma hidup kelihatan sperti obor-obor, berada di bawah kumpulan Cnidaria.
- Terdiri daripada dua kumpulan iaitu:
- Karang Keras
- Karang Lembut
- Simbiosis dengan zooxanthellae menghasilkan Kalsium Carbonat (CaCO3) yang membentuk karang.
- Karang makan pada waktu malam menggunakan tentakel bagi menangkap makanan.
- Pembiakan: seksual dan aseksual (Pembelahan dedua)
- Pertumbuhan bergantung kepada jenis karang:
- Paling lambat (0.5cm setahun) seperti Massive Coral
- Paling cepat (10cm setahun) seperti Branching Coral
- Kadar pertumbuhan dipengaruhi faktor persekitaran
- Jenis Pertumbuhan Karang:
- Foliose
- Massive
- Columnar
- Branching
- Free living
- Tabulate
- Encrusting